Artikel Pilihan

KENAPA MAZDA DEGIL & KERAS KEPALA? BANGUNKAN SEMULA ENJIN ROTARI BERSAMA RONIN

Keputusan untuk membangunkan enjin rotari dengan membeli lesen paten Wankel merupakan satu perjudian yang terbesar yang pernah dilakukan oleh Mazda pada tahun 1961. Kalau ikutkan sejarah NSU Motorenwerke iaitu pemilik asal paten enjin Wankel dimana Felix Wankel bekerja dulu dijual kepada ramai pembeli paten enjin ini

Antaranya ialah Daimler Benz, MAN, Krupp, Alfa Romeo, Rolls Royce, Porsche, Nissan, General Motor, Isuzu, Suzuki, Toyota, Ford, Yamaha, dan Kawasaki. Tapi daripada semua pembeli ini hanya Toyo Kogyo (nama lama Mazda) yang berjaya menghasilkan enjin rotari yang boleh dijual kepada pengguna

Pada tahun 1961, Mazda dipimpin oleh Tsuneji Matsuda iaitu anak kepada pengasas Jujiro Matsuda. Ekonomi Jepun yang sedang mengalami pemulihan menyaksikan Nissan muncul sebagai raksasa baru bangkit dan menelan syarikat kecil yang lain seperti Prince Motor Company

Pada ketika itu kementerian industri Jepun menamakan Toyota, Isuzu dan Nissan sebagai pengeluar kenderaan dan layak menerima bantuan kerajaan. Syarikat kecil seperti Mazda tidak akan mendapat bantuan kerajaan seperti syarikat di atas

Bagi menyelamatkan Mazda, dan menunjukkan kemampuan teknologi Mazda serta menghormati Jujiro Matsuda, Tsuneji memutuskan Mazda perlu membangunkan enjin baru serta lain daripada lain. Idea ini disokong oleh Kenichi Yamamoto yang bertanggungjawab membangunkan enjin rotari dan membawa idea Miata MX-5 menjadi kenyataan

Tsuneji meletakkan Yamamoto mengetuai Rotary Engine Research Division yang terdiri daripada 47 jurutera, jururekabentuk, dan jurutera bahan yang kemudian dikenali dengan nama 47 Ronin. Ronin dalam bahasa Jepun membawa maksud samurai tak bertuan, secara sinis menyindir pendirian kerajaan yang tidak menyokong mereka

Walaupun NSU merupakan pemegang paten enjin rotari Wankel, namun syarikat ini gagal menyelesaikan isu apex seal menjadikan enjin ini mem[unyai penggunaan petrol yang teruk, cepat rosak, dan juga masalah calar yang menjahanamkan blok rotari itu sendiri

Tsuneji dan Yamamoto berazam yang jenama Mazda sepatutnya sinonim dengan kejuruteraan automotif berteknologi tinggi yang akhirnya mampu menyelamatkan syarikat Mazda. Semasa Tokyo Motor Show 1963, Mazda menterjemahkan idea mereka melalui model Cosmo yang akhirnya menggunakan enjin rotari yang kedua iaitu 10B selepas membangunkan enjin 40A, L8A dan 10A.

Model ini membuatkan Kementerian Industri Jepun kembali menyokong mereka dalam memberikan bantuan kewangan setelah menunjukkan kemampuan enjin ini bertahan selama 100,000km tanpa masalah.

Rotor housing atau blok rotaru dihasilkan daripada aluminium dan krom manakala bahagian dalaman enjin yang bergesel dengan rotor disadur dengan carbon steel, Eccentric shaft pula dihasilkan dengan keluli krom molybdenum. Apex Seal pula dihasilkan daripada gabungan aluminium dan karbon.

Yamamoto dan 47 ronin sentiasa memajukan enjin rotari ini, menjadikannya 40% lebih jimat, dan lebih bersih bagi membolehkan enjin ini melepasi syarat American Clean Act pada tahun 1970. Enjin ini menunjukkan taringnya yang sebenar apabila digunakan untuk perlumbaan Le Mans 24 Jam

Pada tahun 1991, jentera Mazda 787B dengan menggunakan enjin RB26B menjadikan Mazda sebagai satu-satunya pengeluar di dunia yang memenangi Le Mans dengan menggunakan enjin rotari. Pada hari perlumbaan, pasukan Mazda memutuskan jentera no 55 yang berwarna hijau oren menggunakan kaedah rabbit race.

Pecut sehabisnya tanpa mempedulikan masalah ketahanan, selepas mendapati enjin RB26 menunjukkan ketahanan luar biasa serta mampu menggunakan bahan api pada kadar yang minima. Selepas 22jam, jentera 787B membuat 362 pusingan dan telah dipandu sejauh 4932.2 tanpa sebarang masalah teknikal melainkan satu mentol terbakar

Dan sama ketika Mazda menghasilkan model RX-7, Mazda pada ketika ini sudah memiliki sebuah kereta konsep yang dikenali dengan nama Mazda Iconic SP Concept. Ketika berucap di Tokyo Auto Salon 2024, CEO Mazda Masahiro Moro membuat satu kejutan apabila mengumumkan pasukan jurutera akan mula bekerja bagi membangunkan enjin rotari baru mulai 1 Februari 2024 nanti

Berdasarkan sambutan dan respon yang diterima bagi model konsep Mazda Iconic SP, satu enji baru akan dibangunkan khas untuk model ini ini. Namun berbeza dengan model enjin rotari sebelumnya, enjin rotari generasi baru akan bertindak sebagai pengecaj, sistem 2 rotor yang berupaya menjana sehingga 365 kuasa kuda tanpa perlu bimbang isu “range anxiety”.

Jadi jika anda bertanya kepada kami kenapa masih membangunkan enjin rotari? Jawapan yang tepat ialah enjin rotari adalah darah yang mengalir dalam DNA Mazda. Enjin rotari adalah visi dan misi kepada Tusneji Matsuda dan jurutera Kenichi Yamamoto

Google ads
Back to top button