
ENJIN 1.5 SAMA DENGAN MAZDA 2, TAPI KENAPA MIATA LAGI POWER?
10 tahun lepas, ketika Mazda Miata ND dilancarkan ia hanya diberikan tawaran enjin 1500cc 4 silinder sahaja sewaktu pelancaran. Ketika dilancarkan, Miata ND telah meletakkan model ND sepatutnya mengekalkan resipi Miata NA
Ia seharusnya ringkas, mengujakan dan ringan. Mungkin juga disebabkan oleh Mazda pada ketika itu ingin mengurangkan kos pembangunan, maka platform Miata memang direka khas hanya untuk menggunakan enjin 1500cc SkyActiv
Enjin 2000cc SkyActiv hanya dipertimbangkan dan dimuktamadkan pada akhir pembangunan Miata ND. Disebabkan faktor ini, Mazda telah banyak membelanjakan wang dalam mengubahsuai enjin 1500cc 4 silinder SkyActiv dari Miata 2/Demio untuk digunakan pada Miata
Bagi model Mazda 2, enjin ini hanya menjana 114 kuasa kuda dan 149Nm tork dengan disusun secara melintang dan semua kuasa enjin dihantar ke roda depan. Bagi Miata ND 1.5, enjin ini dipasang secara melintang (sebenarnya senget 5 darjah) bagi mendapatkan agihan berat 50:50

Untuk model Miata ND, enjin ini menjana sehingga 130 kuasa kuda dan 150Nm tork walaupun kedua dua enjin datang dengan sesaran 1496cc. Namun jika anda teliti dengan mendalam anda akan dapati RPM maksimum enjin dinaikkan kepada 7500 selain menggunakan petrol premium (97/98)
Namun dari segi rekaan, enjin 1500cc PY-VP Skyactiv ini telah diubah dengan beberapa komponen tambahan bagi menjadikannya lebih sporti. Antara perubahan yang diterima oleh enjin ini termasuklah:
1. Menggunakan throttle body bersaiz lebih besar kepada 55mm berbanding dengan saiz asal yang lebih kecil (55mm) dengan sistem Drive By Wire
2. Aci engkol asal yang dihasilkan dengan kaedah iron casting digantikan dengan aci engkol tempaan (forged steel) dengan rekaan counter weight
3. Pemasaan injap ekzos diubah kepada 249 darjah berbanding dengan rekaan asal 245 darjah
4. Menggunakan perongga kemasukan udara boleh laras (variable fresh air duct) dengan panjang keseluruhan dipendekkan kepada 365mm berbanding rekaan asal 395mm
5. Memendekkan exhaust manifold daripada 600mm kepada 450mm tapi mengekalkan rekaan ekzos 4-2-1 bagi mengelakkan masalah knocking
6. Menggunakan petrol RON premium (98/97) berbanding dengan petrol biasa bagi Mazda 2
Hasilnya operasi enjin dapat dinaikkan daripada 6500 RPM kepada 7500 RPM. Bagi enjin aspirasi normal, semakin tinggi operasi RPM maka semakin tinggi kuasa yang boleh diekstrak daripada enjin
Jadi walaupun saiz lejang dan diameter silinder adalah sama, enjin SkyActiv 1500cc ini mampu menjana lebih banyak kuasa pada model Miata ND berbanding dengan Mazda 2. Sebagai bonus, enjin ini dilengkapi dengan Induction Sound Enhancer yang bertindak menghantar bunyi enjin terus ke ruang pemandu