Buletin

ENJIN LEBIH BERSIH DAN EFISIEN DENGAN TEKNOLOGI DYNAFLEX DI DALAM BAHAN API SHELL

Shell Malaysia malam semalam melancarkan bahan api terbaharunya yang direka untuk meningkatkan kecekapan operasi enjin.  

Sudah boleh didapati di semua stesen minyak Shell di seluruh negara, semua bahan api Shell kini dilengkapi formulasi baharu teknologi DYNAFLEX.  Direka untuk digunakan pada kenderaan baru dan lama, teknologi DYNAFLEX memastikan enjin sentiasa bersih dan dilindungi untuk operasi yang efisien.

Bahan api baharu Shell itu merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan selama lebih lima tahun serta puluhan ribu jam. Harus tahu bahawa ini ialah bahan api Shell yang paling maju.

“Matlamat bahan api terbaharu Shell adalah untuk membersih dan melindungi enjin kereta. Kami percaya ia bukan sekadar tentang destinasi, tetapi bagaimana anda ke sana juga tidak kurang pentingnya,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

Teknologi DYNAFLEX yang membantu membersih dah melindungi komponen-komponen penting sistem bahan api seperti injap pengambilan dan penyuntik bahan api daripada pembentukan deposit yang boleh menjejaskan prestasi enjin.

Bagi diesel pula, ia mengandungi molekul penghapus kotoran yang baru. Ia sudah boleh dibeli oleh para pelanggan industri dan pemilik kenderaan komersial menerusi saluran B2B Shell.

Tags
Google ads
Back to top button