Buletin

KEMPEN “STAY SAFE,RIDE FREE” DUCATI DILANJUTKAN SEMPENA TAHUN BARU CINA

Ducati Malaysia akan meneruskan kempen “Stay Safe, Ride Free” di seluruh negara sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Kempen diperkenalkan pada awal tahun itu akan dilanjutkan dengan menawarkan pelbagai keistimewaan di Pusat Ducati seluruh negara iaitu Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Pulau Pinang.

Antara keistimewaan ditawarkan kepada  para pelanggan ialah pakej pemilikan jentera baharu daripada pelbagai model dengan tawaran harga menarik yang boleh didapati melalui platform sosial media rasmi Ducati Malaysia.

Pemilikan berkenaan dibuat khusus mengikut kesesuaian para pembeli yang ingin mendapatkan model Ducati ataupun Ducati Scrambler.

Selain itu, setiap pembelian jentera baharu didatangkan bersama jaket inovatif dan keselamatan Ducati Smart Jacket yang bernilai RM4,300.

Apa yang menarik tentang jaket tersebut ia dilengkapi dengan beg udara yang dapat melindungi para penunggang ketika menunggang jentera mereka.

Melalui kempen ini, para pelanggan juga berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dengan hadiah bernilai RM1,999.

Mereka yang ingin menyertai cabutan ini terlebih dahulu perlu melakukan pembelian bernilai RM210 dalam satu resit melalui laman store Facebook Ducati Malaysia dan berpeluang mendapat hadiah peralatan rasmi GP dan barangan Ducati.

Tawaran terakhir merupakan Ducati On Demand iaitu perkhidmatan mengambil dan menghantar jentera Ducati untuk penyelenggaraan di semua pusat servis Ducati tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Perkhidmatan yang diperkenalkan itu bertujuan memastikan keselamatan para pelanggan ditawarkan pada harga RM100 untuk lokasi di Lembah Klang manakala destinasi lain dengan kadar harga berbeza.

Untuk keterangan lanjut berhubung perkhidmatan Ducati On Demand boleh menghubungi talian:  Lembah Klang: Haran (+6014 6265 411) atau John (+6017 6810 835) Pulau Pinang: Jaz (+6019 4009 339) atau Wei (+6019 2208 932.

Bagi mereka yang ingin mengetahui perkembangan terkini jenama Ducati, produk mahupun acara terbaharu boleh mengikuti Ducati Malaysia di Facebook ataupun Instagram.

Google ads
Back to top button