Buletin

EV DAN PHEV ATASI JUALAN KENDERAAN DIESEL BUAT PERTAMA KALI DI EROPAH

Jualan kenderaan elektrik (EV) dan plug-in hybrid (PHEV) mengatasi jualan kenderaan diesel buat pertama kalinya di pasaran Eropah pada Ogos 2021. 

Menurut data yang disediakan oleh JATO Eropah, EV dan PHEV menguasai 21 peratus pasaran dengan penyerahan sebanyak 151,737 unit. Sekali gus meninggalkan kenderaan diesel dengan 141,635 unit atau 20 peratus. Biarpun begitu, kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman masih menguasai 56 peratus pasaran tetapi ia dilihat semakin mengecil. 

Untuk lebih memahami dengan lebih jelas tentang pertumbuhan jualan EV di Eropah, sebanyak 1.32 juta unit BEV dan PHEV sudah dijual sepanjang Januari hingga Ogos 2021, berbanding 158,300 unit pada tempoh sama tahun lalu. 

Model EV paling laris ialah Volkswagen ID.3, diikuti oleh Tesla Model 3 dan ID.4. Bagi PHEV pula, ia dikuasai oleh Ford Kuga dengan Mercedes GLC dan BMW 3-Seris PHEV berada di tiga kedudukan teratas. 

Jumlah pendaftaran keseluruhan kenderaan di Eropah 18 pratus lebih rendah berbanding tahun lalu, paling rendah sejak tahun 2014.

Penurunan itu disebabkan oleh masalah bekalan chip yang mengakibatkan tempoh menunggu menjadi semakin lama, seterusnya membuatkan pelanggan membeli kereta terpakai. 

Google ads
Back to top button