Buletin

RAYS PERKENAL RIM UNTUK JENTERA OFF-ROAD. WARNA HITAM DAN TEMBAGA, RM1.5K SEUNIT

Pengeluar rim terkenal dunia, Rays baru sahaja memperkenalkan rim yang fokus kepada jentera off-rod iaitu 57XR-X.

Dibina berasaskan kepada gayaan model 57XR, rim itu tampil denan rekaan berbeza yang lebih sesuai untuk kenteraan lasak. 

Rim 57XR-X direka khusus untuk kenderaan dengan diameter bulatan pitch lebih besar yang biasanya ada pada trak pikap dan SUV. Sebab itulah Rays memilih Toyota Hilux dan Land Cruiser Prado sebagai kenderaan pameran mereka. 

Rim tersebut tampil dengan rekaan enam jejari berkembar yang sama seperti model 57XR. Tetapi dibezakan dengan kemasan luaran baharu dan jejari lebih tebal. 

57XR-X hadir dalam dua warna iaitu tembaga gelap dan hitam graphite. Pelanggan juga boleh memilih petutup tengah dengan warna krom/biru, hitam/merah, tembaga atau merh. Ia hanya didatangkan dalam satu saiz 17 inci dengan 6 lug dan diameter bulatan pitch 139.7mm.

Di Jepun, rim berkenaan ditawarkan pada harga 41,800 yen (RM1,572) seunit. Manakala penutup tengah berharga 3,000 yen (RM113) setiap satu. 

GALERI

Google ads
Back to top button