Buletin

EZCARE WARRANTY, GENERALI INSURANCE METERAI PERJANJIAN STRATEGIK UNTUK JAMINAN KENDERAAN SELEPAS JUALAN

Ezcare Warranty Sdn Bhd (Ezcare Warranty) dan Generali Insurance Malaysia Berhad (Generali Insurance) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam sebuah majlis yang berlangsung di Renaissance Kuala Lumpur.

Perjanjian ini menandakan langkah penting dalam memperkukuhkan kerjasama strategik bagi menyediakan perlindungan jaminan kenderaan selepas jualan yang lebih menyeluruh dan inovatif di Malaysia.

Sebagai peneraju dalam industri jaminan kenderaan selepas jualan, Ezcare Warranty telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 2016.

Syarikat ini menawarkan perlindungan kepada kenderaan import terpakai dan kenderaan terpakai tempatan, termasuk motosikal berkuasa tinggi, supercar, kenderaan hibrid serta kenderaan elektrik (EV).

Dengan pendekatan unik yang membolehkan pemegang polisi memilih bengkel pilihan mereka sendiri, Ezcare Warranty terus memberi kelebihan kepada pengguna dengan kadar tuntutan tertinggi di pasaran.

Perkhidmatan syarikat ini meliputi seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Malah, Ezcare Warranty telah meluaskan operasi ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan pejabat di Jakarta Selatan pada tahun 2023.

Selain itu, Ezcare Warranty juga mencipta sejarah sebagai penyedia jaminan selepas jualan pertama yang memperkenalkan aplikasi mudah alih khas.

Aplikasi ini membolehkan pemegang polisi mengakses maklumat polisi mereka, menyemak status tuntutan serta mencari bengkel terpilih dengan lebih mudah dan pantas.

Melalui perjanjian ini, Generali Insurance akan menyokong serta menjamin setiap program jaminan kenderaan yang ditawarkan oleh Ezcare Warranty.

Langkah ini bukan sahaja memperkukuhkan lagi kepercayaan pengguna terhadap produk Ezcare Warranty, tetapi juga memberi nilai tambah kepada pelanggan dengan perlindungan lebih kukuh daripada jenama insurans terkemuka.

Perkongsian ini turut sejajar dengan visi Ezcare Warranty untuk menyediakan perlindungan jaminan kenderaan berkualiti tinggi serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan mereka.

Dengan termeterainya perjanjian ini, pelanggan Ezcare Warranty kini dapat menikmati perlindungan yang lebih mantap dan menyeluruh, disokong oleh nama besar seperti Generali Insurance.

Google ads
Back to top button