
RASMI: VOGE DS900X LANCAR DI MALAYSIA – RM49,998
MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama motosikal Voge di Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Voge DS900X dengan harga jualan RM49,998.

MForce telah pun mempamerkan DS900X buat kali pertama ketika di Malaysia Autoshow 2024 tahun lalu dan model itu bingkas mencuri perhatian ramai pada waktu itu di samping FR150.
Untuk rekod, Voge DS900X dikuasakan enjin parallel-twin 895cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 96.5hp dan 87Nm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan yang dibantu sistem ‘quickshifter’. Untuk pengetahuan umun, trenkuasa yang diguna pakai itu merupakan platform sama yang menggerakkan BMW F900 GS/XR/R.

Seperti model BMW F 900 R/XR dan GS, 900 DS ini juga menawarkan pakej elektronik yang lengkap termasuk:
- throttle-by-wire
- skrin TFT
- cruise control
- heated grip dan heated seat

Selain itu, motosikal ini uga dlengkapi dengan kelengkapan premium termasuk sistem suspensi boleh laras, pencahayaan LED penuh dengan DRL (daytime running light), brek Brembo dan ABS dwi-saluran.

Sebagai pelengkap motosikal ADV, DS900X ini juga hadir dengan tangki bahan api berkapasiti 17L serta rim 21-inci depan dan 17-inci belakang yang dipadankan bersama Pirelli Scorpion Trail secara standard.