Buletin

FORD BAKAL LANCAR TRANSIT

Ford Motor Company dan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan bahawa van komersial Ford Transit akan dilancarkan secara rasmi pada awal April, sekali gus mengukuhkan lagi transformasi berasaskan produk untuk jenama Ford di Malaysia. 

Ford Transit 2

Ford Transit akan dikilangkan di kilang Inokom milik Sime Darby di Kulim, Kedah dan menandakan bermulanya kembali operasi pemasangan kenderaan Ford di Malaysia.

“Pelancaran Transit yang akan datang menjadi satu lagi bukti penting kepada pertumbuhan kami di Malaysia, ketika kami terus mengembangkan bilik pameran Ford dan menawarkan para pelanggan dengan satu lagi kenderaan yang mendahului kelasnya,” kata Presiden Ford ASEAN, Matt Bradley.

Ford Transit 5

Toyota Avanza MREC – Mobile

Ford merupakan jenama automotif paling pantas berkembang di Malaysia pada tahun lalu. Ia mencatat prestasi tahunan terbaik dalam tempoh 20 tahun dengan jualan runcit keseluruhan melonjak sehingga 50 peratus kepada 10,660 unit.

Sebagai sebuah kenderaan untuk tujuan kerja yang terbukti bagus, dengan lebih 7 juta unit terjual di seluruh dunia, Ford Transit menawarkan sebuah van bersaiz penuh standard global. Kini, Transit dijual di enam benua atau 116 pasaran di seluruh dunia. 

Ford Transit 4

Transit pemasangan tempatan akan dijual di pasaran tempatan demi memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan kenderaan komersial berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan mampu milik di Malaysia.

Dibina serta dijuruterakan secara khusus dengan satu matlamat iaitu membantu para usahawan dan syarikat pengangkutan kekal produktif, Ford Transit menawarkan kombinasi penjimatan bahan api, kuasa dan kapasiti kargo yang terbaik dalam kelasnya.

Ford Transit

Amat versatil, tahan lasak dan boleh dipercayai, Ford Transit boleh disesuaikan dengan pelbagai aplikasi perniagaan komersial. Ford Transit boleh didapati dalam dua varian – Passenger Van dengan 13 tempat duduk serta Panel Van 350L. Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh enjin diesel 2.2L TDCi yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menawarkan pengalaman khidmat pelanggan yang terbaik, Ford merancang melancarkan satu rangkaian pusat pakar kenderaan komersial (CV) menjelang akhir tahun ini.

Pusat CV Ford akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan bertaraf dunia. Di samping melanjutkan tempoh operasi bagi membantu meminimumkan tempoh kenderaan yang rosak dan mengurangkan kos keseluruhan pemilikan untuk para pengendali kenderaan komersial.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button