Buletin

FORD DAFTAR PATEN ENJIN BERKUASA HIDROGEN

Tidak banyak pengeluar yang berani untuk meneroka opsyen trenkuasa yang lebih hijau selain daripada EV, melainkan Toyota yang sudah pun mula menunjukkan hasil kajian mereka menyuap bahan api hidrogen ke dalam enjin pembakaran dalaman menerusi arena perlumbaan.

Terbaharu, menurut satu dokumen yang pertama kali dijumpai oleh Muscle Cars and Trucks, Ford dilapor telah mendaftarkan paten enjin pembakaran dalaman dengan unit pengecas turbo yang disuap bahan api hidrogen.

Tidak seperti bahan api biasa, hidrogen lebih cenderung untuk meletup, jadi ia memerlukan kawalan yang lebih rapi dan berhati-hati.

Sekiranya enjin tidak mendapat campuran udara dan bahan api yang tepat, bahan bakar akan meletus terlebih awal dan mampu menyebabkan insiden seperti engine knock, kehilangan kuasa dan kemungkinan rosak.

Rekaan yang didaftarkan oleh Ford ini mengawal kedua-dua elemen secara berasingan di mana sistem pancitan bahan api untuk bahan bakar dan exhaust gas recirculation (EGR) bagi mengawal amaun udara.

Sistem pemasaan injap berbilang boleh membantu mengawal kadar masa yang diperlukan bagi udara dan bahan bakar untuk memasuki kebuk kembakaran.

Sistem ini boleh meningkatkan aliran EGR apabila lebih daya kilas diperlukan untuk mengurangkan suhu pembakaran sekaligus mengurangkan letupan awal. Apabila kurang daya kilas diperlukan, aliran EGR akan direndahkan untuk mengurangkan amaun bahan bakar.

Biarpun Ford hanya menunjukkan paten ini untuk kegunaan satu silinder, tidak mustahil ia boleh diperluaskan kepada enjin sedia ada, termasuklah nadi V8 yang mampu memanjangkan hayat kereta sports seperti Mustang daripada terus ditelan dek undang-undang emisi yang semakin ketat. – Carscoops

Google ads
Back to top button