
YAMAHA DEDAH MT-09 CYBER RALLY DI PAMERAN MOTOSIKAL OSAKA
Yamaha mendedahkan jentera konsep terbaharu MT-09 Cyber Rally di Pameran Motosikal Osaka 2022.
Jentera terbaharu itu menampilkan rekaan hampir sama daripada model terdahulu Cyber Rally tetapi mendapat sentuhan lebih futuristik dan moden.
Di bahagian hadapan, MT-09 hadir dengan cermin kecil dan pelindung tangan dipadankan lampu utama rekaan baharu.

Begitupun, ia didatangkan handguard diperbuat daripada gentian karbon malah rekaan yang diperkemaskan untuk menyerlahkan lagi sisi sporty jentera terbabit.
Selain itu, penampilan bahagian hadapan seakan-akan antena menyerlahkan lagi rupa paras lebih menonjol pada motosikal berkenaan.

Yamaha turut menambah shroud radiator pada Cyber Rally serta sistem ekzos baharu.
Pengeluar Jepun itu mungkin telah melancarkan MT-09 facelift pada tahun lalu tetapi dengan hasil kerja Y Gear pada Cyber Rally sekali gus mempertingkatkan lagi rekaan futuristik. – rideapart
- BACA: FRANCO MORBIDELLI PINJAM YAMAHA MT-09 POLIS. CUAK TERLEPAS PENERBANGAN KE ITALI
- BACA: MENYAMAR POLIS REMBAT YAMAHA RX-Z. SATU DAH KENA TAHAN, SATU JADI BURUAN POLIS
- BACA: YAMAHA 135LC Fi 2022 RASMI DILANCARKAN. 12.5HP/12.2NM, 4-SPEED, BERMULA RM7,798
- BACA: SUSAH HATI YAMAHA RX-Z POS DARI TAWAU SEJAK DISEMBER BELUM SAMPAI








