Buletin

FORD FIESTA 2017 – KERETA KECIL PALING CANGGIH

Ford baru-baru ini mendedahkan model kompak Fiesta generasi seterusnya pada acara Go Further di Cologne, Jerman.Jentera tersebut hadir bersama teknologi bantuan pemandu dan ketersambungan paling sofistikated yang pernah dipasang dalam sejarah 40 tahun Fiesta.

Ford Reveals Next Generation Fiesta, Smart Mobility News, Mustan

Ford bakal menawarkan empat varian Fiesta. Ini termasuklah Fiesta Titanium, Fiesta ST-Line, model mewah Fiesta Vignale dan Fiesta Active – crossover pertama dalam rangkaian model Fiesta.

Hadir dalam versi lima dan tiga pintu, Fiesta menjanjikan reka bentuk luaran bergaya serta ruang kabin yang revolusionari. Untuk makluman, Fiesta merupakan model paling laris di Britain sejak tahun 2008.

BACA: KUASA FORD FIESTA ST200

BACA: 5 SEBAB KENAPA FORD FIESTA ST MENGUJAKAN

Fiesta menjadi model pertama Ford yang dilengkapi sistem bunyi premium B&O PLAY dan bumbung kaca panoramik yang boleh dibuka. Bukan itu sahaja, jentera itu turut dipasang dengan system telekomunikasi dan hiburan SYNC 3.

ford-fiesta-2017-mekanika3

SYNC 3 disokong oleh satu skrin sentuh ‘terapung’ bersaiz lapan inci. Malah, jumlah butang kawalan pada konsol tengah telah dikurang sebanyak 50 peratus demi menawarkan ruang kabin yang lebih intuitif. Kokpit Fiesta juga tujuh peratus lebih senyap berbanding model sebelumnya.

Fiesta bakal dikuasakan oleh beberapa pilihan enjin. Antaranya ialah enjin EcoBoost 1.0 liter yang mampu menjana kuasa sama ada 100, 125 atau 140PS.

Manakala enjin diesel TDCi 1.5 liter berkuasa 85 atau 120PS – enjin diesel berkuasa tinggi yang pertama untuk Fiesta. Enjin-enjin tersebut kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan atau manual serba baharu.

Next Generation Ford Fiesta – World’s Most Technologically A

Ciri bantuan pemandu yang menerajui segmen disokong oleh dua unit kamera, tiga radar dan 12 alat pengesan ultrasonik. Hasilnya, sistem ini boleh memantau 360 darjah dan mengimbas keadaan sehingga 130 meter di hadapan.

Buat pertama kalinya, ciri Pedestrian Detection pada Fiesta boleh membantu menghalang kemalangan pada waktu malam. Sementara Active Park Assist dengan intervensi brek pula membantu proses memarkir kenderaan agar lebih selamat.

ford-fiesta-2017-mekanika4

Bagi menawarkan kualiti pemanduan yang mantap pula, Fiesta kini dilengkapi set suspensi baharu dan Electronic Torque Vectoring Control. Maka cengkaman pada selokoh dipertingkatkan sebanyak 10 peratus. Sementara jarak membrek pula lapan peratus lebih pendek.

Sebenarnya, kalau nak tulis semua ciri dan sistem keselamatan yang baru pada Fiesta ni, sampai malam esok pun belum tentu habis. Banyak sangat.

Google ads
Back to top button