Buletin

TOYOTA TAMBAH DUA VARIAN CAMRY BAHARU, NAIK TARAF MODEL SEDIA ADA

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan penambahan dua varian baharu dan naik taraf pada model Camry sedia ada.

Varian baharu itu ialah Camry 2.5 Hybrid Premium dan Camry 2.0 GX yang diposisikan di antara Camry 2.5 Hybrid Luxury serta Camry 2.0 E. Harganya ialah RM152,900 untuk Camry 2.5 Hybrid Premium dan RM174,900 (Camry 2.0 GX).

batch_8504-4-camry-leaflet-otl_front_fa-01

Aspek keselamatan pada Camry telah dipertingkatkan apabila Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control (TRC), Hill-start Assist Control (HAC) dan tujuh beg udara kini menjadi ciri standard.

BACA: TOYOTA CAMRY WAGON TURBO

BACA: SALURAN PENGELUARAN CAMRY HYBRID MULAKAN PRODUKSI

Camry juga dilengkapi sistem Emergency Stop Signal (ESS) yang disambungkan dengan lampu amaran kecemasan. Sistem itu akan diaktifkan apabila brek ditekan keras secara tiba-tiba dan berfungsi memberi amaran kepada kenderaan lain di belakang.

batch_camry-brochure-03-hybrid-front-quarter

Eksklusif untuk varian Camry 2.5 Hybrid Luxury ialah ciri Blind Spot Monitor (BSM) yang memberitahu pemandu terdapat objek di kawasan titik buta mereka. Tidak terkecuali, sistem Rear Cross Traffic Alert (RCTA) yang mampu mengelak daripada berlakunya kemalangan apabila kereta mengundur keluar dari ruang parkir.

Selain varian baharu, model sedia ada turut menerima penambahbaikan. Camry 2.5 Hybrid Luxury kini dipasang sistem audio premium JBL GreenEdge dengan 12 unit pembesar suara dan sistem bunyi keliling 5.1 channel.

batch_04-gx-key-dashboard_client

Pengecas Wireless Qi sudah boleh didapati pada Camry 2.0G X. Ia terdiri daripada satu pad yang terletak di antara tempat duduk hadapan. Bukan itu sahaja, upholsteri beberapa varian dinaik taraf untuk membuatkan ambien kabin lebih segar.

Ketiga tiga varian mendapat ruang kabin berwarna hitam, Camry 2.0G X dilengkapi upholsteri coklat gelap dan kemasan kayu Mughal Teak. Varian lain mempunyai corak kemasan kayu berbeza yang cukup mewah dan berkualiti.

batch_8504-4-camry-blindspotrcta-thumbnails-01-01-01

Kedua-dua varian hibrid didatangkan dengan Driving Video Recorder (DVR) sebagai satu ciri standard. Ia mempunyai satu fungsi khas yang akan menyimpan fail video melibatkan kemalangan. DVR boleh dibeli sebagai opsyen untuk varian Camry 2.0G X dan 2.0E.

Pada bahagian luaran, perubahan tidaklah ketara. Cuma, varian hibrid kini dipasang dengan lampu kabus LED. Saiz rim juga sama. Camry 2.5 Hybrid Luxury dan Camry 2.0G X menggunakan rim bersaiz 17 inci. Manakala dua lagi varian dengan rim bersaiz 16 inci.

batch_camry-gx-cut-car-2016_clear-sky

Semua varian Camry didatangkan dengan jaminan selama lima tahun (tertakluk kepada terma dan syarat). Pek bateri model hibrid pula diberi jaminan berasingan selama lapan tahun.

Anda sudah boleh melihat model-model baharu tersebut di bilik pameran Toyota mulai hari ini.

Google ads
Back to top button