Buletin

FORD MAVERICK LOBO – GAYA TRAK PIKAP LOWERED SEPERTI DULU – DULU

Ford di Amerika Syarikat sememangnya juga dikenali dengan model trak pikap bersaiz rasaksa dengan model Ford F-Series. Tetapi apabila Ford memperkenalkan Ford Maverick, sebuah trak pikap bersaiz sedikit kecil, rupanya ia juga menjadi kegilaan buat masyarakat di sana.

Setelah pengenalan Ford Maverick, kini pengeluar dari Amerika Syarikat itu memperkenalkan pula varian Ford Maverick Lobo, sebuah trak pikap yang tampil dengan gaya yang lebih lowered sama seperti di era pada tahun 1980an sehingga ke tahun awal 2000.

Varian Lobo ini merupakan versi prestasi jalanan bagi trak pikap Maverick ini dengan memberikan pelanggan model baharu yang sedikit berbeza berbanding varian standard Maverick . Varian Lobo ini akan berada di dalam katalog jualan sebaris dengan varian Maverick Tremor serta varian yang lebih cekap tenaga Maverick Hybrid.

Apabila pereka model Maverick, Josh Blundo menyertai Ford pada 2019, beliau melihat model tanah liat Maverick dan menyedari potensinya. Dia mula mengubah suai trak itu seolah-olah ia miliknya: badan lebar, sayap, pembahagi hadapan dan juga roda. Menariknya apabila Josh Blundo telah diberikan lampu hijau untuk merealisasikan idea beliau bagi varian Lobo ini.

Hasilnya, penampilan luaran Ford Maverick Lobo ini kini lebih lowered apabila berjaya direndahkan 0.5 inci di bahagian hadapan serta 1.1 inci dibahagian belakang. Terima kasih kepada Jurutera Keith Daugherty yang berjaya mengubahsuai spring dan juga komponen sistem suspensi untuk mendapatkan kerendahan hati yang diingini. Barulah nampak garang kan.

Menambahkan kegarangan di bahagian luaran adalah penggunaan rim bersaiz 19 inci yang berinspirasikan daripada rim OZ Racing. Barulah ada gaya jentera rali. Berbanding dua tona warna (hitam di bahagian bawah bampar), varian Lobo ini mengenakan cat di keseluruhan badannya dan ianya kelihatan cukup menarik dengan layangan warna baharu Blue Oval  ini.

Pun begitu, ianya masih lagi mengekalkan transmisi asal enjin 2.0 liter EcoBoost yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 238 HP. Akan tetapi ianya kini telah dipadankan dengan kotak gear auto tujuh kelajuan yang diambil daripada model Ford Focus ST Hatchback berbanding kotak gear auto lapan kelajuan milik Maverick standard. Dan untuk lebih feeling sporty ianya kini turut dilengkapi dengan paddle shifter.

Harga untuk Ford Maverick Lobo ini dijangka pada aras harga $36,595 (RM164,560).

BACA : LEBIH 80% PEMBELI FORD MAVERICK MERUPAKAN PELANGGAN BAHARU

BACA : PEMILIK FORD MAVERICK BENGANG PELEKAT TERCABUT LEPAS DI BASUH

Google ads

B K

Back to top button