
MORBIDELLI T250 TIBA DI PENGEDAR – RM7,988
Peminat motosikal dual-sport kini disajikan dengan ketibaan model terbaru dari MForce Bike Holdings kali ini menerusi Morbidelli T250.
Berbeza dengan T250X yang berkonsepkan motosikal kembara, T250 pula menawarkan keupayaan off-road yang lebih ketara.

Atas kertas, T250 dikuasakan enjin satu silinder 249.4cc SOHC yang sama menggerakan T250X. Enjin ini berupaya menjana 22.4hp pada 7,500rpm dan 22.3Nm pada 6,000rpm.
Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk fork USD depan, monoshock dengan pelarasa pra-beban (preload) di belakang, brek 2-piston depan dan belakang serta cakera brek dengan ABS dual-channel.

T250 ini juga dilengkapi dengan lampu LED penuh dengan fungsi DRL (daytime running light), hadnguard, tayar 19-inci depan dan 17-inci belakang masing-masing dipadankan bersama rim lidi.
Panel meter pula merupakan jenis digital LCD sementara tangki bahan api pula berkapasiti 11.7L.

Bagi pasaran tempatan, Morbidelli T250 ini hadir dengan tiga warna pilihan, Carnage Red, Bulk Black dan Anarchy Grey dan boleh didapati dengan harga jualan hanya RM7,988.








