Buletin

LEBIH 80% PEMBELI FORD MAVERICK MERUPAKAN PELANGGAN BARU, RAMAI PEMILIK CIVIC, CR-V!

Trak pikap bukanlah satu kenderaan untuk semua orang, namun Ford berjaya membuktikan perkara sebaliknya menerusi pengenalan model trak pikap unibodi Ford Maverick.

Menurut laporan, lebih daripada 80 peratus pemilik Maverick sebenarnya merupakan pelanggan yang baru untuk segmen trak pikap.

Lebih mengejutkan, majoriti daripada angka tersebut datangnya daripada mereka yang sebelum ini memiliki model SUV seperti Honda CR-V dan Toyota RAV4, serta sedan Honda Civic!

Ini merupakan satu perkara yang menarik, memandangkan Honda sebenarnya sudah pun memiliki produk trak pikap Honda Ridgeline di pasaran Amerika Syarikat.

Untuk tempoh bulan lepas, Ford telah berjaya menjual 3,154 unit Maverick, menjadikan jumlah jualan keseluruhan untuk tahun ini sebanyak 51,802 unit.

Sebagai perbandingan, raja trak pikap Ford F-Series berterusan menjadi model trak paling laku terjual di Amerika Syarikat, dengan jumlah jualan sebanyak 467,307 unit.

Google ads
Back to top button