Buletin

GENGSTER CIVIC PEDANG SAMURAI BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 5 TAHUN

Entah di mana silapnya, sejak kebelakangan ini, mental pemandu negara kita nampaknya terjejas teruk. Belum pun reda kes Abang Botak yang memecahkan cermin kereta, hari ini timbul pula rakaman gengster Honda Civic FD yang menghayunkan pedang samurai menakut-nakutkan mangsa.

Berbeza dengan senjata Abang Botak yang menggunakan topi keledar, kali ini, serangan yang dibuat nampaknya lebih serius dan berbahaya. Membawa senjata ini dalam kereta juga sudah merupakan satu kesalahan, apatah lagi menggunakannya ke atas orang awam.

Kita hanya mengira detik sahaja sebenarnya. PDRM pasti dapat memberkas suspek dan kami rasa menjelang esok, sudah pasti tertuduh akan ke lokap polis.

Cuma, mungkin ramai yang tertanya, disebabkan suspek hanya “mengacah”, adakah dia melakukan kesalahan?

Sebenarnya, Ya. Ia memang salah dan kesalahannya lebih berat dari yang dilakukan oleh Abang Botak.

Peguam Hasif Hasan berkongsi kemungkinan akta yang akan digunakan untuk mendakwa tertuduh dan hukuman yang terkandung di dalamnya.

Ya. hukuman ini lebih sia-sia tuan-tuan.

Berfikirlah sebelum bertindak.

………………………………………………………………..

CORETAN PEGUAM

Melihat satu video yang viral melibatkan seorang lelaki mengacukan pedang samurai di jalan raya kepada mangsa tentu sekali menakutkan mangsa dan saya melihat dua kesalahaan mungkin telah dilakukan.

Pertama memiliki pedang samurai di tempat awam terjumlah kepada kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara (wajib) MINIMUM lima (5) tahun dan maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Kedua bagi kesalahan membuat ugutan sehingga menakutkan secara jenayah mangsa terjumlah kepada kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Kesalahan memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua (2) tahun, ATAU dengan denda, atau dengan kedua-duanya,

dan jika ugutannya itu ialah ugutan hendak menyebabkan kematian atau cedera parah, atau hendak menyebabkan kebinasaan apa-apa harta dengan api, atau hendak menyebabkan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum mati atau pemenjaraan, atau dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh (7) tahun.

Sepatutnya masyarakat berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Sekian.

Muhammad Hasif bin Hasan
BC/M/674
Peguambela dan Peguamcara

KREDIT: HASIF HASAN

Google ads
Back to top button