Buletin

TERTINGGAL ANAK DI SHELL R&R TEMERLOH, IBU BERSYUKUR ANAK SELAMAT

Seorang ibu cemas apabila tertinggal anaknya di pusat (R&R) Temerloh menghala ke arah pantai timur, semalam.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 2.00 petang itu berlaku selepas dia berhenti sebenar untuk menunaikan solat. Membahasakan dirinya sebagai Che Jah, wanita itu kemudian menaikkan status di Twitter untuk meminta orang ramai yang ada di R&R berkenaan membantunya. 

Status yang ditulis pada jam 2.47pm itu berbunyi: “Sesiapa berdekatan Temerloh mohon bantu Che Jah..anak dara I tertinggal kat Shell R&R Temerloh..Now mama kat 143.6 km arah timur,” katanya melalui akaun @Sutungmenjerit. 

Anak dara yang dimaksudkan itu ialah anaknya yang baru berumur 12 tahun. Che Jah mempunyai enam orang anak. Ketika kejadian anak-anaknya ada yang pergi solat, tidur dan berada di luar kereta.

Dia yang memandu sebuah Toyota Estima meneruskan perjalanan selepas menyangka semua anaknya sudah masuk ke dalam MPV. Kehilangan anaknya hanya disedari selepas bergerak sejauh 15km dan hampir memasuki Bandar Maran. 

Itupun setelah dihubungi oleh kakitangan stesen minyak di mana anaknya tertinggal di sana. Pada Jam 3.34 petang, dia memuat naik satu lagi status di Twitter dengan gambar anaknya bersama seorang pekerja stesen minyak yang menaiki sebuah motosikal. 

Akhirnya, anak beranak itu berjaya dipertemukan semula dan Che Jah bersyukur semuanya selamat. 

sumber: Harian Metro

Tags
Google ads
Back to top button