Buletin

LOTUS MALAYSIA PERKENAL 3-ELEVEN, KERETA PRODUKSI LOTUS TERPANTAS DALAM SEJARAH

Lotus Malaysia hari ini memperkenalkan Lotus 3-Eleven dan Evora Sport bertempat di pusat pameran Lotus di Damansara pagi ini. Sebagai pembuat kereta sport eksotik dalam pasaran, Lotus sekali lagi menghasilkan produk berasaskan konsep turun temurun mereka – ringan dan pantas.

LOTUS 3-ELEVEN

Ia merupakan kereta produksi terpantas pada hari ini. Mencatat masa 1’22” di litar Hethel, falsafah pembuatan Lotus tentang ringan dan pantas menjadi prinsip utama. JIka diterjemah kepada litar Sepang, ia sekitar 2’20 – 2’25 bergantung pada jenis tayar.

BACA: NOSTALGIA JAMES BOND, EVORA 410 ESPRIT

BACA: MOTOSIKAL LOTUS UNTUK DILELONG

3-Eleven dikuasakan oleh enjin aluminium 3.5 liter V6 24 injap dengan sistem supercharger Edelbrock. Badan kereta ini diperbuat dari gentian karbon dan datang lengkap dengan asas roll cage. Rim aluminium tempa 18 inci di depan dan 19 inci belakang. Bahagian dalaman dilengkapi enjin start/stop, kawalan traksi boleh laras. Berat bersih nya cuma 925kg.

Terdapat dua versi yang ditawarkan iaitu ROAD dan RACE.

ROAD

– Transmisi manual enam kelajuan nisbah sport, dengan penyejuk minyak dan LSD jenis Torsen.

– Suspensi bebas depan dan belakang double wishbone, bar anti-oleng, penyeraphentak Ohlins dengan pelaras tunggal.

– Kerusi bucket jenis sport yang diluluskan FIA.

– Harga jualan Versi Road ini ialah RM640,855.

RACE

– Suspensi bebas depan dan belakang double wishbone, bar anti-oleng bolehlaras, penyeraphentak Ohlins dengan dwi pelaras.

– Versi RACE memang mengagumkan dengan nisbah kuasa kepada berat ialah 500 kuasa kuda bagi setiap tan.

– Harga jualan Versi Race ini ialah RM868,214.

Terdapat enam pilihan warna iaitu warna metalik/signatur, hitam matt, hijau dengan garisan kuning, hitam dengan garisan emas, merah dengan garisan emas, hitam dengan garisan hitam.

EVORA SPORT 410

Selain Lotus 3-Eleven, Lotus Malaysia juga menampilkan Evora Sport 410. 410 merujuk kepada penghasilan 410 kuasa kuda

– Pecutan 0-100km/j dalam 4.1 saat!

– Kelajuan maksimum 305km/j

– 70kg lebih ringan dari Evora 400

– Berat bersih ialah 1350kg dengan nisbah 309 kuasa kuda setiap tan.

– Pakej lengkap dengan gentian karbon

– Rim 19 hadapan dan 20 inci belakang

– Pertambahan kuasa, pengurangan berat dan pengendalian lebih jitu.

– Produksi terhad 150 unit setahun.

Harga jualan bagi Evora Sport 410 ialah RM640,999 untuk transmisi manual dan RM651,999 untuk automatik.

GALERI LOTUS EVORA SPORT

GALERI LOTUS 3-ELEVEN

Google ads
Back to top button