Buletin

GOCAR, DRIVEV MERIAHKAN KL CAR-FREE MORNING SEMPENA BULAN ALAM SEKITAR

Dalam usaha memupuk kesedaran terhadap gaya hidup lestari, GoCar Mobility dan drivEV telah berganding bahu menjayakan acara KL Car-Free Morning yang berlangsung di tengah-tengah ibu kota pada Ahad lalu.

Acara ini juga bersempena sambutan Bulan Alam Sekitar Sedunia yang membawa tema “Living the Green Way”.

GoCar Mobility, platform perkongsian kenderaan dan mobiliti terkemuka di negara ini, memilih untuk menyambut ulang tahunnya yang ke-10 dengan menampilkan pendekatan inovatif dan berorientasikan kelestarian, melalui kerjasama bersama drivEV, perniagaan pajakan kenderaan elektrik (EV) di bawah Yinson GreenTech.

Kehadiran GoCar dan drivEV di KL Car-Free Morning menekankan usaha bersama mereka untuk memudahkan akses rakyat Malaysia kepada kenderaan elektrik.

Beberapa model EV seperti ORA Good Cat dan AION Y Plus dipamerkan untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat potensi mobiliti tanpa pelepasan karbon.

Sebagai perintis dalam bidang mobiliti pintar sejak 2015, GoCar kini mengendalikan pelbagai perkhidmatan termasuk perkongsian kereta, langganan kenderaan, dan fleet EV yang semakin berkembang di bawah inisiatif GoEV.

Di zon khas GoCar x drivEV, pengunjung disambut dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk:

  • Pameran model-model EV daripada GoCar
  • Zon pendaftaran aplikasi GoCar
  • Permainan interaktif seperti roda tuah dan kuiz EV
  • Stesen kitar semula botol plastik
  • Gerai minuman berasaskan jus dan dinding pengalaman untuk bergambar

Inisiatif ini turut memberi penekanan kepada pentingnya peranan komuniti dalam menjayakan agenda kelestarian.

Promosi Eksklusif Galak Penggunaan EV

Sebagai galakan kepada orang ramai untuk mencuba gaya hidup elektrik, satu tawaran istimewa diumumkan semasa acara iaitu diskaun 50% (terhad kepada RM80) bagi semua tempahan EV GoCar menggunakan kod promosi JOMEVKL.

Tawaran ini sah dari 22 Jun hingga 22 Julai 2025, dan tempoh perjalanan sehingga 30 September 2025.

Antara model EV yang boleh ditempah melalui aplikasi GoCar termasuk AION Y Plus, Ora Good Cat, Nissan Leaf dan Renault Zoe, dengan pilihan sewaan secara harian atau mengikut jam.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan kenderaan elektrik, muat turun aplikasi GoCar di Apple App Store atau Google Play Store, atau layari https://new.gocar.my.

Google ads
Back to top button