Buletin

SKODA ENYAQ DINAMAKAN SEBAGAI KERETA TERBAIK UNTUK ANJING OLEH AUTOTRADER

Škoda Enyaq berterusan menerima anugerah dan pengiktirafan daripada industry automotif apabila kali ini menerima anugerah yang sedikit unik dan lain daripada yang lain. Terima kasih kepada tahap praktikal yang luar biasa serta pengendalian pemanduan yang menenangkan apabila SUV Coupe elektrik tersebut telah dinamakan sebagai Kereta Terbaik Untuk Anjing di Anugerah Pilihan Pemandu tahunan Autotrader.

Menarik untuk diperkatakan tentang Skoda Enyaq ini sementelah pelbagai ciri yang ada padanya tertumpu terhadap manusia, ternyata juga apabila model Enyaq ini rupanya mempunyai ciri – ciri yang sesuai untuk binatang peliharaan, anjing. Menarik tentang Anugerah Pilihan Pemandu Autotrader ini, ianya tidak diputuskan oleh pakar penilai kereta seluruh dunia tetapi sebaliknya dinilai sendiri oleh pemilik kereta sebenar, menjadikannya dlilihat lebih telus hasil daripada pengguna sendiri.

Model SUV dan Coupe dari negara Republik Czech berjaya mengatasi tentangan sengit untuk menduduki tempat teratas, dengan pemilik memuji reka bentuk dalaman Enyaq yang difikirkan dengan baik, but besar dan perhatian yang teliti terhadap perincian. Mengulas mengenai kemenangan Enyaq, Erin Baker, Pengarah Editorial Autotrader, berkata: “Škoda Enyaq adalah pilihan terbaik apabila ia merujuk kepada kenderaan yang boleh memuatkan rakan berkaki empat kami”.

Pemilik menilai ia teratas untuk ruang dan keselesaan penumpang, dan seorang pemilik mengulas: ‘ia sangat mudah untuk masuk dan keluar, sangat selesa untuk memandu dalam jangka masa panjang dan ia cukup besar untuk membawa ahli keluarga dan anjing keluar. Digabungkan dengan keselamatan sistem infohiburan yang mudah digunakan dan keselamatan ciri-ciri kereta menjadikan ini antara kereta terbaik yang pernah saya miliki.’ Pujian yang tinggi!”

Anugerah untuk model Enyaq ini bukanlah penghargaan berkaitan anjing pertama yang dimenangi oleh model Škoda. Malah model Kodiaq juga pernah dinobatkan sebagai SUV terbaik untuk anjing oleh Parkers, Octavia Estate mendapat kedudukan nombor satu untuk pemilik anjing oleh Auto Express, Superb Estate dianugerahkan kereta terbaik untuk pemilik anjing oleh Carbuyer, dan Carwow menamakan Superb Estate dan Enyaq sebagai kereta terbaik untuk pemilik anjing.

Dan sebagai rekod Skoda juga sebenarnya pernah menjalankan kajian membabitkan anjing dan juga model keluaran mereka yang mana didapati kadar denyutan anjing ini lebih tenang ketika menaiki EV berbanding kereta berenjin petrol dan diesel yang menyatakan tentang kadar tahap stress.

BACA : SKODA ENYAQ RS & SKODA ENYAQ COUPE RS – LENGKAP SUDAH KELUARGA RS

BACA : SKODA ENYAQ COUPE BAHARU – LEBIH BERGAYA DAN SPORTY DENGAN JARAK PEMANDUAN SEHINGGA 590 KM!

Google ads

B K

Back to top button