Buletin

GOCAR MALAYSIA, DRIVEV PERKENAL PERKONGSIAN KERETA ELEKTRIK, AION Y PLUS DAN ORA GOOD CAT DI JOHOR BAHRU

GoCar Malaysia dan drivEV, sebuah entiti di bawah Yinson GreenTech, telah melancarkan inisiatif baharu perkongsian kereta elektrik (EV) di Johor Bahru.

Langkah ini merupakan usaha bersama untuk mempromosikan mobiliti hijau, sekaligus menyediakan alternatif perjalanan yang lebih mesra alam untuk penduduk tempatan dan pelancong, khususnya dari Singapura.

Melalui program ini, dua model EV iaitu AION Y Plus dan Ora Good Cat kini boleh ditempah di pelbagai lokasi utama sekitar Johor Bahru, termasuk pusat membeli-belah Toppen.

Inisiatif ini bertujuan memenuhi permintaan terhadap penyelesaian perjalanan mapan yang semakin meningkat di wilayah selatan Malaysia.

Bagi memastikan pengalaman perjalanan yang mudah dan efisien, GoCar bekerjasama dengan Handal Indah Sdn. Bhd. (HISB), anak syarikat HI Mobility Berhad.

Pelancong dari Singapura yang menggunakan bas elektrik rentas sempadan di Tambak Johor kini boleh meneruskan perjalanan mereka dengan mudah menggunakan EV tersedia di lokasi strategik berhampiran perhentian bas utama.

Kadar Mampu Milik untuk Semua

Untuk penggunaan EV di Johor Bahru, kadar sewa Ora Good Cat bermula serendah RM24.90 sejam atau RM199 sehari.

Sementara itu, model AION Y Plus boleh disewa pada harga bermula RM27.90 sejam atau RM279 sehari.

Bagi meraikan pelancaran ini, pengguna boleh menikmati kadar eksklusif RM100 untuk tempahan lima jam model AION Y Plus (tidak termasuk CDW, Flex, dan SST) dengan menggunakan kod promo “JBJOLT”.

Muat turun aplikasi GoCar hari ini untuk menempah kenderaan pilihan anda dan nikmati pengalaman mobiliti mapan yang inovatif.

Google ads
Back to top button