Artikel Pilihan

BAGAIMANA PESAWAT B2 SPIRIT SERANG IRAN : OPERATION MIDNIGHT HAMMER

B-2 SPIRIT STEALTH STRATEGIC BOMBER

1. Pada pagi 22 Jun 2025 lepas, US telah melancarkan hampir 125 pesawat pelbagai jenis bagi menyerang 3 tapak loji nuclear Iran, iaitu di Fordow, Natanza dan Isfahan.

Tombak utama serangan ini adalah 6 buah pesawat pengebom halimunan US iaitu B-2 ‘SPIRIT Bomber’, berperanan sebagai pesawat pengebom strategik, yang direkabentuk untuk menembusi lapisan pertahanan udara musuh dengan ciri utamanya, tidak dapat dikesan jaringan radar musuh ( atau sangat rendah ).

2. Pesawat ini mempunyai jarak maksimum operasi 11,000 km, dibina oleh Northrop Grumman Corporation dengan kos hampir RM 3billion.

Dianggarkan 6 buah B-2 Spirit ini berlepas dari Pangkalan Udara Whiteman, Missouri menuju ke sasaran merentasi lautan Atlantik, atau dari Pangkalan Diego Garcia. Pada masa yang sama, 30 cruise missile dilancarkan dari kapal-kapal selam US turut menyasarkan pelbagai loji pengayaan uranium Iran.

3. B-2 menggunakan bahan api yang sangat kuat, dengan kapasiti 94,000 tan bahan api, dan memerlukan bantuan pengisian udara ke udara bagi melaksanakan misi jauh di garisan belakang musuh. Tugas ini seringkali digalas oleh pesawat KC-135 STRATOTANKER.

STRIKE PACKAGE

4. Walaupun B-2 mampu melakukan penerbangan jarak jauh dengan pengisian minyak udara ke udara, faktor keletihan juruterbang adalah risiko utama selain ancaman sistem pertahanan udara musuh

Misi ini lebih kompleks dimana pesawat B-2 dan KC-135 tidak beroperasi bersendirian, ‘strike package’ ini turut disertai F/A-18 Super Hornet dari kapal pengangkut pesawat dari Laut Arab, ke kawasan operasi untuk tujuan melindungi B-2.

5. Pesawat khas peperangan elektronik seperti EA-18G Growler, berkemungkinan turut diterbangkan untuk memberi serakan elektronik pada sistem pertahanan udara serta radar musuh bagi melindungi laluan B-2, serta pesawat lain seperti KC-135 kekal di udara. Peranan utama EA-18G GROWLER adalah fokus pada ‘electronic warfare’ (EW) ketika operasi ‘Supression Of Enemy Air Defence’ (SEAD) atau ‘Destruction of Enemy Air Defence’ (DEAD)

6. Untuk mengurangkan risiko ini, US juga mungkin menempatkan B-2 di Pangkalan Diego Garcia di tengah lautan ke sasaran, dan menggunakan ruang udara negara sahabat seperti Arab Saudi dan Qatar bagi memastikan laluan selamat semaksima mungkin.

Dengan kata lain, dengan jarak sejauh 2,300 batu dari pangkalan, keupayaan halimunan adalah pelindung B-2 SPIRIT, tetapi jarak adalah musuh utama mereka.

OPERASI MIDNIGHT HAMMER

7. Mengikut sumber terbuka, 7 buah B-2 terbang dari PU Whiteman, Missouri. Penerbangan ini melalui lautan Mediterranean di Eropah, Israel, Jordan, Iraq sebelum memasuki ruang udara Iran. Ada pendapat lain mengatakan B-2 tidak memasuki ruang udara Iran melalui arah selatan, merentasi Oman atau Arab Saudi.

Pasukan utama Strike Package menyerang melalui arah barat, 6 buah B-2 tambahan, berperanan sebagai umpan (decoy), terbang dari barat merentasi Lautan Pasifik ke Guam untuk mengelirukan risikan, pemerhati pertahanan, media dan mengekalkan kejutan taktikal. B-2 dalam Operasi Midnight Hammer, tidak menggunakan Diego Garcia atau Qatar sebagai pelancaran operasi. Pakej serangan utama datang dari PU Whiteman, Missouri, tanah besar US sendiri.

8. Ketika mula memasuki ruang udara Iran, dengan bantuan serakan elektronik EA-18G, penganalisis pertahanan US di pusat kawalan mereka memantau sebarang aktiviti elktronik dari sistem radar dan pertahanan udara Iran, agar tidak mengesan B-2 secara mudahnya.

Merentasi ruang udara Iran bukan mudah, dimana B-2 harus terbang pada altitude yang maksima dan mengelak tapak-tapak Surface To Air Missile (SAM) Iran. Dengan landskap geografi Iran yang bergunung ganang dan gurun padang pasir, membantu B-2 menyusup di pelbagai titik buta laluan, rekabentuk ‘stealth’ B-2 yang menyerap gelombang radar, dengan pantulan yang sangat minima, memberikan kelebihan taktikal.

TAKTIKAL SERANGAN B-2

9. Apabila B-2 telah hamper ke sasaran pengeboman, ia akan berhadapan dengan 2 pilihan kritikal.

Yang pertama, samaada melepaskan ‘stand off missile’ dengan jarak beratus kilometer(km) di mana kelebihan taktikal ini adalah, serangan dilancarkan dari jarak selamat, membenarkan penggunaan serangan missile tepat pada sasaran strategik, juga meminimakan kemusnahan sekitar sasaran.

10. Yang kedua B-2 akan menyerang sasaran kubu bawah tanah menggunakan bomb om ‘bunker buster’. Terdapat pelbagai jenis bom ‘bunker buster’ dalam ordnans US, dan digunakan mengikut kesesuaian misi. Ianya lebih dikenali sebagai GBU Series, Massive Ordnance Penetrator (MOAP) dengan pelbagai kaliber, dan mempunyai kemampuan amunisi serangan tepat ( precision strike munitions)

11. Penulis menganggarkan misi pengeboman kompleks loji nuklear bawah tanah Iran ini menggunakan GBU-57 MOAP, seberat 13 tan, dibangunkan Boeing, dan menggunakan B-2 SPIRIT antara platform pelancarannya selain B-52 STRATOFORTRESS, legasi pesawat pengebom strategik US sejak zaman Perang Dingin menghadapi ancaman Soviet.

12. Jika GBU-57 ini digunakan, dengan saiz dan berat missile ini, B-2 hanya boleh membawa 2 unit setiap pesawat di ruang missile, di mana 12 unit maksima boleh dibawa oleh 6 buah B-2 ketika serangan ini, dan menyasarkan 12 sasaran bawah tanah Iran, dengan anggaran 4 sasaran strategik bagi setiap loji nuclear Iran ( jumlah kesemuanya 3 tapak loji diserang ).

13. Kerangka utama GBU-57 MOAP diperbuat dari ‘steel alloy’ khas, untuk bertahan dari tekanan impak sepanjang penembusan sejauh 200 kaki atau 60.96m maksima ke bawah tanah, atau binaan konkrit sebelum letupan meranapkan kompleks bawah tanah sasaran. Ianya juga dilengkapkam dengan gred militari GPS.

14. Walaubagaimanapun, misi ini tidaklah semudah menulis di atas kertas walaupun US mempunyai keupayaan dan dominasi ruang udara serantau. Ancaman udara dari Iran tidak harus diremehkan, mereka masih mengoperasikan MiG-29 dan F-14 TOMCAT, walaupun bukan pesawat moden setanding US, ianya masih mampu memintas B-2 jika dikesan radar iran. Kedua pesawat ini mampu melakukan operasi pemintasan dan menjatuhkan B-2 dengan kawalan dari’ Ground Control’milik Iran.

15. US akan memastikan risiko ini dineutralkan dengan serakan elektronik dari EA-18G, dan tanpa kordinasi Ground Control, pesawat Iran sukar memintas B-2, komunikasi terputus, dan mungkin akan membatalkan misi pemintasan, juga diancam untuk ditembak jatuh FA-18 E/F menggunakan missile Beyond Visual Range (BVR), berpandukan datalink semasa dari pesawat Airborne Warning And Control System (AWACS).

16. Setelah B-2 melakukan serangan, ia akan terbang keluar dari Iran ke arah barat, ruang udara sahabat. Pada masa yang sama, EA-18G terus melakukan serakan elektronik bagi menggangu sistem pertahanan udara iran. Sistem SAM Iran akan mula aktif, tetapi diganggu dengan umpan (decoy) dron-dron bagi memberi isyarat sasaran yang salah pada SAM Iran, dan keliru untuk menyasarkan sasaran udara.

17. FA-18 Super Hornet akan menyertai semula penerbangan B-2, bagi memberi perlindungan udara sekiranya ada pesawat Iran yang berlepas mengejar sebagai ancaman. Dan B-2 akan melakukan pengisian udara ke udara semula menggunakan KC-135 sebelum pulang ke pangkalan.

PELANCARAN GBU-57 MOAP

18. Ketika proses pengeboman, B-2 akan berada pada altitude yang sangat Tinggi, GBU-57 akan dilancarkan dengan ketinggian yang praktikal. GBU-57 akan ke sasaran berpandukan sistem panduan moden, juga input datalink dari satelit militari.

19. Sepanjang ke sasaran, trajektori akan sentiasa dikawal oleh 4 bilah ‘lattice fins’ di hujung GBU-57 sepanjang peluncuran menggunakan gravity. Penyelasaran semasa ini penting kerana GBU-57 tidak mempunyai ‘thrusters’, iaitu enjinnya roket sendiri.

Kerana itu GBU-57 harus dilancarkan dari altitude tinggi, dan platform yang sesuai hanyalah B-2 serta B-52 dalam inventori pesawat pengebom strategik US.

20. Kemudian, langkah akhir dan penting, adalah proses impak dan penembusan, dengan tenaga kinetik dan gravity, ia akan menembusi maksima 200 kaki ke bawah tanah, dan akan diaktifkan dengan 2 fius letupan.

‘G-Sensing fuse’ yang mengesan perubahan G-Force, dan ‘time delay fuse’ akan digunakan untuk mengaktifkan letupan GBU-57.

21. Impak kemusnahan GBU-57 ini sangat signifikan setara kemusnahan 20 tingkat bangunan. Ini dapat dilihat dimana sejak Israel menyerang Iran, mereka masih gagal untuk memusnahkan kompleks bawah tanah Iran. Amunisi yang digunakan mereka hanya mampu memusnahkan bangunan, binaan atas permukaan. Hanya GBU-57 yang dilancarkan dari B-2 sahaja mampu memusnahkan kubu bawah tanah Iran.

22. Kompleks bawah tanah loji nuclear Iran dibina secara berlapis dan bertingkat, untuk menghadapi pelbagai serangan konvensional. Israel walaupun menggunakan bunker buster mereka, ianya kurang berkesan sepanjang pelbagai operasi sebelum ini, dan hanya mempu memusnahkan ruang ‘ventilation shaft’, tidak mampu menembusi binaan berlapis kompleks bawah tanah.

Inilah tujuan penglibatan US diperlukan, untuk memusnahkan fasiliti pengayaan uranium Iran dengan hanya satu serangan.

ADAKAH US MENCAPAI OBJEKTIF ?

23. Objektif utama US adalah untuk melumpuhkan terus keupayaan Iran menghasilkan pengayaan uranium di loji-loji nuklear mereka, terutamanya di Fordow, Natanz dan Isfahan.

Contohnya di Natanz, kompleks loji nuclear ini mempunyai 6 binaan di permukaan dan 3 binaan struktur bawah tanah. Ianya cukup untuk menempatkan 50,000 centrifuge khas untuk pengayaan uranium.

24. Kemusnahan 3 kompleks bawah tanah loji nuklear melumpuhkan terus keupayaan pembangunan iran selama berdekad.

Setakat ini, sumber terbuka dari Arab Saudi menyatakan bahwa tiada pencemaran radiasi berlaku di tapak serangan.

Penulis asal masih berkapasiti 3 kosong untuk jawatan madu

Google ads
Back to top button