
GWM HAVAL H6 HEV: SUV HEBAT UNTUK ANDA YANG NAK JIMAT BERGERAK JAUH!
Ramai yang mula risau bila bercakap soal kenaikan harga petrol. Walaupun kenaikannya mungkin kecil pada peringkat awal, ia tetap memberi kesan kepada kos sara hidup harian.
Inilah masa terbaik untuk tukar kepada kenderaan yang lebih efisien, dan kalau nak bergaya sambil berjimat, HAVAL H6 HEV ialah jawapan yang anda cari.

Dah Sampai Masanya Untuk Berubah
Kita dah biasa tengok kenderaan daripada jenama-jenama tertentu, tapi sampai bila nak kekal di takuk lama? GWM Malaysia tampil dengan sesuatu yang luar biasa iaitu pakej SUV hibrid premium yang bukan sahaja menarik dari segi rupa, malah sangat kompetitif dari segi harga.
HAVAL H6 HEV memberi alternatif segar kepada pengguna yang inginkan perubahan!
Dulu mungkin HAVAL kedengaran asing. Sebenarnya ia merupakan sebahagian daripada GWM, gergasi automotif dari China yang kini gah di pentas global. Di Thailand, HAVAL muncul sebagai salah satu jenama SUV terlaris, bukti nyata kepercayaan pengguna terhadap teknologi dan kejuruteraan GWM.
Kini, sudah tiba giliran pengguna Malaysia untuk menikmati kehebatan yang sama.

Rekaan Maskulin, Teknologi Ala EV Dalam Kabin
HAVAL H6 HEV menampilkan reka bentuk yang benar-benar berani dan eksklusif. Gril depan agresif, lampu LED signature dan rim sporty menyerlahkan identiti moden dan maskulin. Ia adalah SUV yang nampak seperti datang dari Eropah tapi dengan harga jauh lebih mesra poket.
Masuk ke dalam kabin dan anda akan terus rasa teruja. Paparan skrin berkembar 12.3-inci dan 10.25-inci memberi aura futuristik, lengkap dengan head-up display dan sokongan Android Auto serta Apple CarPlay.
Tak cukup dengan itu, ia ditambah pula ruang kabin serba luas dan susun atur praktikal, yang bukan sahaja sesuai untuk keluarga tetapi juga gaya hidup aktif generasi moden.

Enjin Turbo Hibrid Yang Hebat & Jimat
Di bawah bonet, tersimpan enjin 1.5L turbo dengan sistem hibrid yang menjana kuasa 243hp dan tork 530Nm, cukup untuk memberi pengalaman pemanduan yang lancar dan responsif.
Transmisi DHT dua kelajuan, digabungkan dengan mod pemanduan pelbagai dan tangki 61 liter, membolehkan SUV ini mencapai lebih 1,000km dalam satu isian penuh. Itu satu pencapaian yang sukar ditandingi dalam kelasnya!
Sistem Keselamatan Bertaraf Tinggi
HAVAL H6 HEV tidak hanya memukau dari segi gaya dan kuasa, malah ia juga dilengkapi sistem keselamatan pintar ADAS. Antara ciri termasuklah brek kecemasan automatik (AEB), kawalan lorong, dan kawalan kelajuan adaptif (ACC). Tambahan kamera 360° dan pelbagai sensor keselamatan, ia memberi ketenangan fikiran untuk anda dan seisi keluarga.

Harga Segmen B, Ciri Segmen C
Dengan harga bermula sekitar RM139,800, HAVAL H6 HEV membawa nilai luar biasa. Ia merupakan SUV segmen C yang lengkap dengan ciri-ciri premium, tetapi ditawarkan pada harga setanding SUV segmen B. Satu tawaran yang sukar ditolak dalam pasaran semasa.
Sesuai Untuk Semua
Sama ada anda:
- Seorang bujang yang inginkan SUV bergaya dan mudah dikendalikan,
- Keluarga muda yang perlukan ruang luas dan ciri keselamatan canggih,
- Atau sedang bersedia untuk rasionalisasi bahan api dengan kenderaan cekap tenaga,
HAVAL H6 HEV adalah jawapan kepada keperluan masa kini – bergaya, berkuasa, berteknologi dan menjimatkan.
Ini bukan sekadar SUV, ia adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih praktikal dan lestari.

Pakej Jaminan Menyeluruh
GWM Malaysia turut menyokong keyakinan anda dengan jaminan yang terbaik dalam kelasnya:
- Waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000km,
- Waranti sistem hibrid (HEV) selama 8 tahun atau 1,000,000km,
- Waranti penuh kenderaan selama 7 tahun atau 200,000km (tidak termasuk komponen haus dan lusuh).
Pilih bijak. Pilih bergaya. Pilih GWM HAVAL H6 HEV!
GALERI:












- BACA: GWM HAVAL H6 HEV CATAT ASEAN RECORDS DENGAN 1,242KM DALAM SATU TANGKI PENUH
- BACA: GWM MALAYSIA RASMI BUKA PUSAT 3S BAHARU DI MELAKA
- BACA: GWM LANCAR HAVAL RAPTOR ICE – TAWAR DUA VARIAN, 235HP, HARGA BERMULA RM103K
- BACA: BARU LANCAR DI MALAYSIA AUTOSHOW 2025, GWM TANK 500 HEV DAH TERIMA 150 TEMPAHAN. KAYA ORANG MALAYSIA NI