" "
Buletin

GWM CATAT LONJAKAN 331%: ADAKAH KERETA CHINA KINI PILIHAN RAKYAT MALAYSIA?

Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengakhiri tahun 2024 dengan rekod luar biasa, mencatatkan pertumbuhan jualan tahunan sebanyak 331 peratus.

Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kepercayaan pengguna tempatan terhadap kenderaan GWM, tetapi juga membuktikan semakin ramainya rakyat Malaysia yang terbuka terhadap jenama automotif dari China.

SUV, EV, dan Hibrid: Taruhan Utama GWM

Kejayaan GWM di Malaysia sebahagian besarnya didorong oleh permintaan tinggi terhadap model-model baharunya. Antaranya ialah GWM ORA 07, sebuah kenderaan elektrik (EV) coupe yang memikat golongan muda, dan GWM TANK 300, SUV lasak untuk peminat aktiviti luar.

Namun, bintang utama jualan ialah GWM HAVAL H6 HEV, sebuah SUV hibrid keluarga yang telah mengumpulkan 1,500 tempahan hanya dalam sebulan selepas pelancarannya.

Model ini menyerlah dengan kecekapan bahan api, teknologi terkini, dan keselesaan luar biasa, menjadikannya pilihan ideal untuk pemanduan jarak jauh.

Ini menepati trend pengguna Malaysia yang semakin menuntut kenderaan berinovasi tinggi dan dilengkapi dengan sokongan selepas jualan yang mantap.

Kejayaan Global Menambah Keyakinan Tempatan

Rekod GWM bukan sekadar hebat di Malaysia. Pada 2024, syarikat ini berjaya menjual 1.23 juta unit di peringkat global, membawa jumlah keseluruhan jualan kumulatif kepada 14.9 juta unit.

Dalam kategori kenderaan tenaga baharu (NEV), penghantaran mencapai 321,795 unit, mencatatkan pertumbuhan 22.82 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jualan luar negara pula melonjak sebanyak 43.39 peratus kepada 453,141 unit, menunjukkan peningkatan penguasaan GWM di pasaran antarabangsa.

Melangkah ke 2025, GWM Malaysia komited untuk memperkenalkan lebih banyak model baharu yang dilengkapi teknologi canggih dan reka bentuk moden.

Syarikat ini juga memberi fokus kepada meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan dan membina hubungan yang lebih erat dengan pelanggan.

Sebagai pembuka tirai 2025, GWM melancarkan kempen promosi “Drive Into Prosperity” sempena Tahun Baharu Cina. Tawaran ini memberikan pelanggan ganjaran eksklusif seperti perkhidmatan 10,000km percuma untuk pembelian GWM HAVAL H6 HEV.

Google ads
Back to top button