
TESLA MODEL Y 2025 DIPERKENALKAN – DUA VARIAN, JARAK GERAK 551KM, HARGA BERMULA RM195K
Tesla memperkenalkan Model Y versi diperbaharui bagi SUV elektrik yang memegang gelaran kenderaan paling laris di dunia serta penerima penarafan keselamatan tertinggi di empat benua.
Tesla Model Y 2025 hadir dalam dua varian; Rear-wheel drive (RWD) serta Long Range yang menampilkan rekaan eksklusif dan warna baharu, Glacier Blue.
Model Y Baharu hadir dengan rekaan cyber unik—lampu bar melintang baharu di bahagian hadapan dan belakang diilhamkan daripada Cybercab dan Cybertruck, mencerminkan penampilan futuristik.

Model baharu ini menawarkan pelbagai ciri istimewa seperti:
- Lencana pelancaran eksklusif di bahagian belakang.
- Lampu puddle dan plat pintu dengan perkataan ‘Launch’
- Rekaan unik pada konsol pengecasan dan pelapik lantai dengan aksen perak, serta interior suede vegan hitam sepenuhnya.
Tesla meningkatkan lagi keselesaan dengan kabin lebih senyap, hasil penggunaan kaca dwi-lapisan pada semua tingkap dan bumbung panoramik dengan salutan perak untuk mengurangkan sinar UV serta haba.
Ciri aerodinamik juga ditingkatkan dengan rim rekaan baharu dan peresap belakang untuk mengurangkan rintangan udara serta meningkatkan kestabilan ketika memandu pada kelajuan tinggi.

Ciri-ciri tambahan seperti pencahayaan ambien, tempat duduk hadapan berpengudaraan, dan skrin paparan untuk penumpang barisan kedua turut disediakan.
Malah, pengguna kini boleh melipat tempat duduk belakang dengan mudah hanya melalui satu butang.
Dari segi kuasa, varian RWD dijana oleh motor tunggal, menawarkan jarak gerak sehingga 466km (WLTP) bagi setiap pengecasan penuh. Sementara, bagi varian Long Range pula, ia dikuasakan oleh dwi-motor, memberikan jarak gerak 551km.
Beralih pada harga pula, Model Y Baharu boleh dimiliki pada harga seperti tertera di bawah:
- Rear-wheel drive (RWD) – Bermula RM195,450.
- Long Range – Bermula RM242,450.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Tesla Malaysia di 1 800 810 655 atau lawati Tesla Experience Centre.
- BACA: GWM CATAT LONJAKAN 331%: ADAKAH KERETA CHINA KINI PILIHAN RAKYAT MALAYSIA?
- BACA: HYUNDAI PALISADE BAKAL MENDARAT DI PASARAN INDONESIA – TANPA VERSI DIESEL, ANGGARAN HARGA BERMULA RM141K
- BACA: RASMI: YAMAHA NMAX BAHARU TANPA “TURBO” DIRASMIKAN – RM11,498
- BACA: FORD MUSTANG GTD SPIRIT OF AMERICA – YANG INI BARULAH KERETA SESUAI UNTUK SEORANG CROWN MANAGER MLM 2025