" "
Buletin

SKODA ROOMSTER – APA LAIN BENAR RUPANYA MODEL NI KAN?

Ketika musim bunga pada tahun 2006, Skoda Auto yang ketika itu telah pun melancarkan beberapa model terkini seperti Fabia, Octavia dan juga Superb telah melancarkan sebuah model yang mungkin dianggap unik (atau pun pelik bagi pandangan mata seorang manusia normal), Skoda Roomster.

Skoda Roomster ini telah direka oleh Thomas Ingenlath selaku Ketua Pereka Skoda Volkswagen dan Skoda di kala itu. Susah untuk meneka status segmen Skoda Roomster ini, sama ada Wagon kah, atau pun MPV kah?

Seiring dengan nama Roomster, model yang lain daripada yang ini mempunyai ruang dalaman yang luas dan selesa dengan ukuran panjang 4,205 mm, lebar 1,684 mm dan juga tinggi 1,607 mm. Ianya mula diperkenalkan secara rasmi di Geneva Motor Show pada tahun 2006. Untuk rekod, Skoda Roomster ini merupakan model pertama yang dikeluarkan sementelah Volksgwagen mengambil alih Skoda dan berkongsi platform PQ34 (A4).

Jikalau kita biasa melihat model seperti Renault Kangoo, kita mungkin boleh mengaitkannya dengan Skoda Roomster ini. Rekaan hadapan mungkin ada sedikit persamaan dengan model Skoda Fabia generasi dan ini tidak hairan memandangkan ada juga komponen dari Fabia ini yang dipinjamkan ke model Roomster.

Dan keunikan (dibaca : kepelikan) Skoda Roomster ini jelas boleh dilihat pada rekaan pintu dan tingkap bahagian penumpang yang tidak selari dengan pintu dan cermin di bahagian hadapan. Tiba – tiba sahaja rekaannya meninggi tak semena – mena.

Dan disebabkan itu, maka ruang tempat duduk belakang juga telah ditinggikan sedikit sehingga 4.6 cm untuk memberikan kesan pelantar. Pandangan hadapan pun luas, pandangan luar juga jelas dengan cermin sebesar papan karom itu.

Paling penting, tempat duduk belakang juga menggunakan sistem VarioFlex untuk membolehkan ketiga – tiga tempat duduk dilipat atau pun ditanggal secara berasingan. Ini membolehkan ruang kargo belakang ditingkatkan sehingga 1780 liter. Cukup luas untuk membawa pulang perabot dari IKEA misalannya.

Skoda menawarkan pelbagai pilihan trenkuasa bermula daripada enjin 1.2 liter HTP sehinggalah ke enjin diesel 1.9 liter TDI dengan gandingan sama ada kotak gear manual lima kelajuan, kotak gear triptronic enam kelajuan atau pun DSG tujuh kelajuan.

Malangnya pengganti generasi kedua Skoda Roomster yang sepatutnya diambil terus daripada model Volkswagen Caddy pada tahun 2015 tidak menjadi kenyataan walau pun 100 unit model prototaip telah pun siap dibina. Skoda akhirnya memilih untuk fokus kepada pembinaan model Kodiaq ketika itu.

BACA : SKODA FELICIA FUN – KENDERAAN YANG CUKUP UNTUK BERSERONOK DAN BERONOK RONOK

BACA : SKODA SUPERB SLEEPER EDITION – MUNGKIN INILAH DIA WAGON SEBENAR IDAMAN PARA KETUA KELUARGA

Google ads

B K

Back to top button