
RASMI: YAMAHA NMAX BAHARU TANPA “TURBO” DIRASMIKAN – RM11,498
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) membuat kejutan sewaktu acara makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina dengan melancarkan Yamaha Nmax generasi terbaru dengan harga jualan bermula RM11,498.

Sayangnya, versi Turbo yang diperkenalkan di negara jiran Indonesia sekitar Jun tahun lalu itu tidak dibawa ke pasaran Malaysia. Ini bermakna kita ketandusan ciri menarik seperti Y-ECVT, Turbo Riding Mode, Turbo Y-Shift dan skrin TFT dengan sistem navigasi Garmin.

Meskipun begitu, Yamaha NMax baharu masih ini tampil berbeza terutamanya melibatkan lampu hadapan yang kini terdiri dengan unit LED projektor yang dipadankan dengan DRL (daytime running light). Lampu belakang juga kini terpisah sementara lampu isyarat ditempatkan di bahagian bawah.

Walaupun rupa keseluruhan berubah namun NMax ini masih lagi dipacu enjin satu silinder 155cc Bluecore VVA yang menjana 15hp pada 8,000rpm dan 13.9Nm pada 6,500rpm.

Selain itu, NMax terbaru turut menawarkan pelbagai ciri elektronik terkini termasuk fungsi dual-channel ABS, fungsi Y-Connect, sistem Smart Key (keyelss), serta port pengecas USB. Skuter ini juga menawarkan ruang simpanan 25L dan tangki bahan api berkapasiti 7.1L.
Bagi pasaran tempatan, Yamaha NMax generasi terbaru ini hadir dengan dua warna pilihan; Sky Blue dan Magma Black.
GALERI: YAMAHA NMAX 155 2025




















