
FORD MUSTANG GTD SPIRIT OF AMERICA – YANG INI BARULAH KERETA SESUAI UNTUK SEORANG CROWN MANAGER MLM 2025
Pada tahun 1962, sebuah pasukan kecil berhasrat untuk mengubah sedan kompak menjadi kereta sport yang dipanggil Mustang. Ia telah menewaskan yang terbaik di Eropah dalam perlumbaan pertamanya dan tidak menoleh ke belakang selepas itu, dan menjadi kereta pertama daripada pembuat kereta Amerika yang mengelilingi litar Nürburgring Jerman yang terkenal dalam masa kurang daripada 7 minit.

Dan selepas itu, Ford Mustang ini terus dikenali dengan enjin V8 yang berkuasa serta logo kuda berlarinya itu. Dan model Ford Mustang GTD Spirit of America ini mewakili lebih daripada warisan prestasi Mustang. Ia menghormati semangat kepintaran dan keberanian Amerika dalam menghadapi cabaran.
Dan model ini dihasilkan sebagai tanda semangat dan penghormatan terhadap sebuah kenderaan lejen (tak pasti nak panggil kenderaan atau pun tidak tetapi ianya mempunyai empat tayar bagi membolehkan ianya mendapat pengiktirafan dari FIA) yang dipandu oleh Craig Breedlove dengan mencatatkan kelajuan tertinggi di atas darat, 966.574 km/j. Jentera yang digelar Spirit of America ini telah menggunakan enjin jet pejuang dari kapal terbang perang Korea yang mana dibeli oleh Craig Breedlove dengan harga hanya $500 sahaja di kala itu.

Bagi mengembalikan semangat Mustang GTD Spirit of America ini, Ford Design telah menghasilkan warna Performace White dengan jalur perlumbaan berkembar Race Red dan Lightning Blue, bagi menyamai tema warna Mustang merah, putih dan biru ketika debut pada tahun 1964. Jalur tersebut memanjang dari hadapan ke belakang model Ford Mustang GTD Spirit of America ini. Rekaan ini juga sebenarnya sepadan dengan pakaian yang dipakai oleh Craig Breedlove ketika memecah rekod di era 60an.

Penggunaan kemasan karbon fiber jelas boleh dilihat pada elemen aerodinamik termasuklah pada splitter hadapan dan juga diffuser belakang serta spoiler belakang yang cukup garang. Terdapat susunan MUSTANG pada bahagian bawah belakang spoiler yang cukup mudah untuk dilihat oleh pemandu belakang.
Model Ford Mustang GTD ini merupakan model tertinggi dan paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh Ford dengan enjin 5.2 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa 815 kuasa kuda serta kelajuan tertinggi 325 km/j.
BACA : FORD MUSTANG GT 60th ANNIVERSARY – DAH 60 TAHUN RUPANYA USIA SI MUSTANG NI WEI!