
HANYA 3 KENDERAAN LULUS UJIAN KEMALANGAN SISI IIHS YANG BARU
Berikutan pengumuman IIHS berkenaan protokol ujian kemalangan yang baru, badan bebas yang menjalankan ujian kemalangan yang berpusat di Amerika ini telah menjalankan ujian perlanggaran sisi bag 7 kenderaan yang merangkumi SUV dan juga sedan.
Hanya Subaru Outback sahaja yang berjaya mendapat keputusan yang bagus (Good) manakala 2 lagi sedan yang diuji iaitu Hyundai Sonata dan Volkswagen Jetta menerima keputusan sekadar lulus sahaja (Acceptable)
Ujian ini merupakan ujian awal pada kereta sedan dan SUV yang diuji disebabkan kedudukan kereta yang lebih rendah dengan permukaan jalan. Apabila kereta berada rendah, ia senang untuk melanggar bahagian atas cesi berbanding dengan struktur platform lantai.
Keadaan ini menyebabkan sedan dan juga wagon lebih terdedah kepada risiko tinggi jika dihentam dari sisi terutama dalam kemalangan yang sebenar dengan rempuhan dibuat oleh SUV atau pikap yang direka dengan lebih tinggi.
Walaupun beg udara sisi beroperasi dengan baik pada penumpang depan dan belakang pada Subaru Outback, Hyundai Sonata dan juga Volkswagen Jetta dan melindungi kepala penumpang tapi pada masa yang sama ia gagal melindungi anggota badan bawah seperti pelvis dan juga torso. Kesan ini lebih ketara pada sedan seperti Sonata dan juga Jetta berbanding Outback
Dalam kategori hentaman sisi terbaru yang direka oleh IIHS Honda Accord menerima penarafan cukup-cukup makan (marginal) manakala Chevrolet Malibu, Nissan Altima dan juga Toyota Camry menerima keputusan yang teruk (poor)
Tiang B pada Honda Accord remuk teruk dan mengenai penumpang dengan bahagian kepala terkena dengan bingkai pintu melepasi perlindungan yang ditawarkan oleh beg udara sisi. Keadaan ini juga diperhatikan pada model Malibu, Camry dan Altima
Pihak IIHS terpaksa mengemaskini protokol ujian pelanggaran sisi selepas kajian demi kajian mendapati perlanggaran di jalan raya yang sebenar lebih teruk daripada apa yang diuji dalam makmal IIHS. Jadi IIHS menggunakan troli yang lebih berat 1900kg dengan halaju dipertingkatkan kepada 60km/jam
Dalam ujian asal, berat troli hanyalah 1500kg dan halaju ditetapkan pada 50km/jam. Ujian ini akan mulda digunakan secara rasmi bagi penganugerahan Top Safety Pick bermula tahun 2023. Dalam protokol ujian sebelum ini, semua 7 kenderaan yang diuji lulus dengan cemerlang dalam ujian perlanggaran sisi