Buletin

BYD MASUK SENARAI FORTUNE 500. CATAT PENDAPATAN RM145 BILION

Pada 3 Ogos lalu, majalah Fortune mengeluarkan senarai Fortune 500 untuk 2022 yang menyaksikan pengeluar EV dan bateri China, BYD berada dalam senarai itu buat kali pertama. Fortune 500 ialah ranking tahunan untuk 500 syarikat terbesar di AS yang mengikut jumlah hasil untuk tahun tertentu.

Sebanyak 23 syarikat dalam sektor automobil berada didalam senarai tersebut dengan Volkswagen, Toyota dan Kumpulan Stellantis menjadi tiga pengeluar kereta teratas.

Tujuh pembuat kereta China yang turut tersenarai ialah Zhejiang Geely Holding Group, Dongfeng Motor, SAIC Motor, China FAW Group, Beijing Automotive dan Guangzhou Automobile.

BYD yang tersenarai buat kali pertama berada di kedudukan ke-436 dengan pendapatan AS$32.7 bilion (RM145 bilion). Pada April, BYD mengumumkan bahawa ia akan menghentikan pengeluaran kenderaan ICE dan memberi tumpuan kepada Kenderaan Tenaga Baharu (NEV).

Pada 2021, BYD berjaya menjual lebih 700,000 unit kenderaan penumpang dan menerajui carta jualan NEV di China selama sembilan tahun.

Dengan 638,157 unit NEV terjual pada Julai, BYD berjaya mengatasi Tesla untuk menjadi peneraju dalam jualan NEV global bagi separuh pertama 2022. Sebelum itu, syarikat berkenaan telah melonjakkan Volkswagen untuk menjadi pengeluar kereta ketiga paling berharga di seluruh dunia.

BYD dilihat mengalami peningkatan memberangsangkan apabila memberi tumpuan untuk menawarkan penyelesaian terhadap kenderaan, tenaga baharu, elektronik dan transit rel. Syarikat itu kini mahu terus mengembangkan pengaruhnya di peringkat global.

Baru-baru ini, BYD mengumumkan rancangan untuk menghadiri Paris Motor Show. Dengan masuk ke pasaran Belanda, Jepun dan langkah terbaru untuk memasuki Jerman serta Sweden, BYD akan menjadi lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.

Buat masa sekarang, pengeluar kenderaan itu ada di lebih 400 bandar dan 70 buah negara. Selain rangkaian kereta, BYD juga membuktikan keupayaannya dalam teknologi menerusi pelancaran bateri Blade, e-platform dan teknologi super hibrid DM-i.

Google ads
Back to top button