
HARGA MINYAK JATUH KE PARAS TERENDAH DALAM 17 TAHUN
Dunia sedang menghadapi bencana antara yang terbesar dalam sejarah. Ketika seluruh penduduk dunia bergelut melawan penularan pandemik virus Covid19, hair ini pula harga minyak dunia merudum jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun.
Pasaran bahan mentah itu terus jatuh di pembukaan dagangan Asia pada di mana penanda aras minyak Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate jatuh sebanyak 5.3 peratus kepada AS$20 setong, sementara penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent rendah 6.5 peratus kepada AS$23 setong.
Kejatuhan itu dicatatkan selepas peningkatan angka kematian yang kini melepasi angka 30,000 pada hujung minggu yang disumbangkan oleh benua Eropah dan Amerika Syarikat.
Dalam masa yang sama, Pakar Sains Kanan AS, Anthony Fauci memberi amaran COvid19 berpotensi menyebabkan 100,000 hingga 200,000 kematian di AS.
Covid19 telah melanda Amerika Syarikat dengan teruk dan telah mejangkiti lebih 140,000 orang dan catatan lebih 2,400 kematian.
Pasaran minyak merosot beberapa minggu lalu berikutan sekatan perjalanan yang dilaksanakan kerajaan seluruh dunia untuk memerangi penularan COVID-19 sekaligus menjejaskan permintaan.
Meskipun permintaan jatuh, bekalan bahan mentah itu terus meningkat selepas pengeluar utama Arab Saudi dan Russia tidak mahu mengalah dalam perang harga. Kedua-dua negara pengeluar terbesar dunia itu tidak mahu mengurangkan pengeluaran untuk menstabilkan harga.
Terdapat kebimbangan bahawa komoditi itu akan terus jatuh lagi berikutan tangki simpanan di seluruh dunia mencapai kapasiti penuh.
Kemerosotan dalam pasaran minyak berlaku selepas peningkatan dengan ekuiti minggu lalu yang berlaku selepas pembuat dasar seluruh dunia melaksanakan langkah rangsangan besar-besaran untuk menyokong ekonomi global yang dilanda virus.