WANITA JALAN KAKI LEBIH 4 JAM DARI JB KE SINGAPURA UNTUK URUSKAN SUAMI
Tindakan seorang wanita berjalan kaki sejauh 2 kilometer semasa tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) dari Kastam Johor Bahru untuk masuk ke Singapura menyentuh hati netizen.
Dia dilaporkan berjalan kaki selama empat jam sejak pukul 5 petang dan sampai di Boon Lay di Singapura kira-kira pukul 9.30 malam.
Wanita itu nekad untuk berjalan pulang ke Singapura bagi menguruskan suaminya yang uzur berusia 80 tahun. Sebelum ini, dia sudah berada di rumah anak lelakinya di Johor Bahru selama dua minggu. Anaknya, Herman Sudil memberitahu iunya datang ke Johor Bahru untuk membantu menguruskan anak semasa tempoh PKP.
Herman terpaksa meminta bantuan ibunya kerana terpaksa menguruskan isteri yang baru menjalani pembedahan di hospital.
“Sebagai seorang anak. bila saya melihat gambar ibu, saya rasa terharu kerana seorang ibu sanggup melakukan apa saja biarpun terpaksa mengorbankan masa rehatnya.
“Biarpun mereka penat sekalipun tetapi untuk untuk keluarga mereka sanggup berbuat apa sahaja.
“Saya yakin dengan viralnya gambar mak saya yang berjalan di causeway itu, bukan hanya mak saya tetapi seluruh wanita sanggup berkorban demi keluarga.
“Nasihat saya kepada anak-anak lelaki, abang-abang dan suami, hargailah bidadari syurga bernama wanita,” katanya, lapor Astro AWANI.
Beberapa keping gambar wanita tersebut yang berhenti rehat di bahu jalan kerana kepenatan tular sejak Ahad. Gambar itu diambil oleh anak saudara Herman yang menemani ibunya pulang ke Singapura pada petang Ahad.