Buletin

HARGA MINYAK RON97, RON 95 NAIK 8 SEN. DIESEL NAIK 10 SEN. 13 JUN – 19 JUN 2020

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 13 JUN 2020 hingga 19 JUN 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:

  • Harga runcit petrol RON97 – RM1.86 seliter (naik 8 sen)
  • Harga runcit petrol RON95 – RM1.56 seliter (naik 8 sen)
  • Harga runcit diesel – RM1.73 seliter (naik 10 sen)

Kenaikan ini adalah dipengaruhi oleh harga minyak diproses yang semakin meningkat, selari dengan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Google ads
Back to top button