Buletin

ELAK MICROSLEEP KETIKA MEMANDU – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar sentiasa peka terhadap tanda-tanda microsleep apabila memandu terutama perjalanan jauh.

Melalui laman sosial Facebook KKM, memberitahu microsleep yang berlaku terutama ketika memandu amat merbahaya kepada pemandu dan pengguna jalan raya. Ia boleh berlaku dalam tempoh kurang satu hingga 30 saat sahaja.

Justeru, orang ramai perlu mengambil perhatian sekiranya terdapat tanda-tanda microsleep iaitu tersengguk-sengguk ketika memandu, kelopak mata semakin tertutup atau kuyu, mata terkebil-kebil, tatapan kosong dan lupa kejadian di waktu terakhir.

Sekiranya berlaku tanda-tanda tersebut langkah pencegahan boleh diambil seperti jangan memandu ketika mengantuk, berhenti seketika untuk tidur, menukar pemandu, berbual dengan teman, dengar radio, tubuh badan digerakkan, mengambil kafein atau vitamin serta badan perlu cukup rehat.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan microsleep ialah terlalu penat, kurang tidur, badan cuba melawan rasa mengantuk dan jadual waktu tidur tidak menentu.

Pengendali lebuh raya  PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menjangkakan aliran trafik akan melonjak sehingga 15 peratus selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan pada Rabu.   

Tags
Google ads
Back to top button