Buletin

HARGA MINYAK TURUN!

Berita yang baik untuk seluruh rakyat Malaysia memulakan minggu baharu esok. 

SONY DSC

Mulai hari ini, harga petrol RON95 dan diesel akan diniagakan pada haga RM1.70 seliter. Sementara petrol RON97 pula berharga RM2.00 seliter. Ia merupakan penurunan sebanyak 21 sen, 23 sen dan 11 sen seliter.

Pengumuman itu dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan semalam.

SONY DSC

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek menyatakan kerajaan akan sentiasa memantau perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang. Langkah itu dibuat bagi menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan berikutnya.

Penurunan harga itu dilaksanakan berikutan kejatuhan harga minyak dunia yang kini didagangkan pada harga sekitar AS$50 (RM181) setong.

Hasan turut meminta supaya semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak supaya mematuhi penetapan harga baharu ini bagi mengelak daripada dikenakan tindakan tegas.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button