Modifikasi

NISSAN LATIO MERCURY

Pemilihan perkakasan jenama Mercury mungkin agak asing. Namun, bagi mereka yang tidak mahu bersusah-payah menyalahkan audio apabila wang berpuluh-puluh ribu telah dilabur tetapi hasil yang tidak memuaskan, jenama ini adalah jawapan muktamad.

Nissan-Latio-Mecury-mekanika (3)

Matlamat utama pembinaan kereta ini adalah untuk dipertandingkan. Selain mendapat kepuasan diri, pertandingan audio seperti EMMA merupakan pentas untuk mengiktiraf sama ada sesuatu projek itu diperakui benar berkualiti atau sekadar jaguh kampung sahaja.

Pertandingan EMMA bagi kategori SQ dihakimi oleh juri antarabangsa. Ia diakui sebagai satu-satunya pertandingan yang bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.

Nissan-Latio-Mecury-mekanika (6)

Ini kali pertama saya mendapat penerangan penuh proses pembikinan kereta ini dari awal. Selama tiga bulan penuh diperlukan untuk menyiapkan kereta. Proses yang panjang itu bermula dengan menanggalkan keseluruhan bahagian dalaman kereta. Semuanya dikeluarkan kecuali papan pemuka. Sementara panel-panel di bahagian bumbung, pintu dan lantai kereta ditebat dengan bahan tebatan bunyi berkualiti tinggi.

Ruang yang kosong membolehkan laluan pendawaian diselia dengan baik. Unit pemain dan pemproses menggunakan kabel Ai Alpine 8 gauge. Manakala amplifire dan sub disambungkan menerusi kapasiti 4 gauge bersama fius 40 ampere dan 100 ampere.

Nissan-Latio-Mecury-mekanika (18)

Pembahagian sistem SQ tiga hala dijadikan asas pembikinan. Ia bermula dengan pemasangan pemain utama Alpine IVA-D800E dengan pemproses Alpine PXA H800. Ia dihubungkan dengan kabel jenis optikal.

H800 ialah unit yang menjadi tunjang utama semua jenis pelarasan yang dipilih. Unit pemproses itu kemudiannya disambungkan dengan 3 buah power amp. Ia terdiri daripada 2 buah amp 4 saluran Mercury T-4080 dan sebuah amp monoblok Mercury MCR800 yang dihubungkan dengan kabel berkualiti tinggi jenama Tchernov.

Nissan-Latio-Mecury-mekanika (8)

Persediaan seterusnya ialah unit pillar custom yang dibuat khas untuk menempatkan dua buah speaker mid dan tweeter. Pillar A itu dibuat dengan mounting khusus dan tebatan yang mencukupi bagi membolehkan midbass dan tweeter Focal U-topia Be menghasilkan output yang diharapkan.

Ia bukanlah pemasangan lazim yang dibuat di kedai aksesori. Sebaliknya sudut penyesuaian beberapa kali diperlukan bagi mendapatkan posisi yang benar-benar tepat.

Nissan-Latio-Mecury-mekanika (12)

Dua buah Amp 4 chanel Mercury T-4080 dijadikan bekalan kuasa untuk set midbass dan tweeter tersebut. Sebagai langkah keselamatan, unit fius 100 amp dipasangkan bersama.

Bercakap tentang kawalan kuasa, sebuah power stablizer Mercuri turut didatangkan bersama dari terminal kuasa utama yang dipasangkan bersama fius 150amp dan kabel 2 gauge berkembar dari bahagian bateri kepada unit amp tersebut.

Nissan-Latio-Mecury-mekanika (9)

Pra-syarat sistem 3 hala sudah tentulah unit mid 6.5 inci di bahagian panel pintu. Persediaan memasang midbass Focal Utopia Be ini termasuklah platform yang digunakan untuk menempatkannya. Disebabkan saiznya yang terhad, ukuran maksimum yang dibuat pada panel buatan kayu ini tidak lebih dari 15mm dan sudah tentulah ia satu kerja yang rumit.

Pemasangan mid juga berkemungkinan menjadi satu masalah lain jika dibuat secara tergesa-gesa. Jadi sekali lagi, beberapa penyesuaian telah dilakukan agar speaker ini mendapat sudut pemasangan yang betul dan mampu menghasilkan kualiti bunyi seperti yang disarankan di kotak pengeluarnya. Untuk tujuan itu, kabel-kabel berkualiti tinggi telah digunakan dengan meluas.

Nissan-Latio-Mecury-mekanika (17)

Himpunan aksesori amp, power stabilizer dan fius telah diletakkan semuanya di bahagian but. Tentu anda tertanya-tanya dimanakah letaknya sub kereta ini. Disorokkan dengan begitu kemas, sub 10 inci kereta ini diletakkan dibawah glove box dengan teknik pemasangan yang mengagumkan kerana ia hampir tidak kelihatan sama sekali.

Konfigurasi kick panel sebelah penumpang adalah antara ruang yang sangat sesuai memuatkan sub Mercury tersebut yang mendapat bekalan kuasa daripada amp monoblok Mercuri MCR-800 tadi.

Nissan-Latio-Mecury-mekanika (15)

Tidak dapat dinafikan, kombinasi keseluruhan sistem kereta melengkapkan Latio ini menjadi sebuah sistem SQ dalaman yang sempurna. Sewaktu diperdengarkan, saya berasa seolah-olah berada dalam sistem standard B&O pada sebuah Audi yang berharga setengah juta ringgit.

Gabungan teknik pemasangan yang teliti, pemilihan peralatan yang betul membolehkan kereta ini merangkul beberapa kemenangan dalam pertandingan EMMA yang dianjurkan di Pulau Pinang. Ia bukanlah kejayaan yang dicapai dalam sehari. Ia melibatkan kerja beratus jam, penalaan, perjalanan yang panjang dan menjerihkan!

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button