Buletin

HARI ACER 2026 DI MID VALLEY TAWAR HADIAH, DISKAUN DAN PELBAGAI AKTIVITI INTERAKTIF!

Acer Malaysia menyambut ulang tahun ke-10 Hari Acer menerusi penganjuran pelbagai aktiviti berteraskan gaya hidup, teknologi dan kekeluargaan sepanjang bulan ini.

Bertemakan #ShiftTheGame, sambutan Hari Acer 2026 bukan sahaja memberi tumpuan kepada produk teknologi terkini, malah turut mengetengahkan pengalaman gaya hidup aktif, elemen kecerdasan buatan (AI), aktiviti mesra keluarga serta ganjaran eksklusif kepada pelanggan.

Penganjuran tahun ini juga bersempena ulang tahun ke-50 jenama Acer di peringkat global, sekali gus memperkukuh hubungan syarikat itu dengan pengguna setianya di Malaysia.

Sebagai pembuka tirai sambutan, Acer Malaysia akan mengadakan Pameran Bergerak Hari Acer 2026 di Mid Valley Megamall bermula 6 hingga 12 Julai ini.

Acara selama seminggu itu menawarkan pengalaman interaktif termasuk demonstrasi produk, aktiviti khas, promosi eksklusif serta pelbagai hadiah menarik untuk pengunjung.

Orang ramai berpeluang menyertai beberapa aktiviti tanpa perlu membuat pembelian dan melengkapkan cabaran tertentu bagi menebus hadiah eksklusif.

Sepanjang tempoh promosi, Acer menawarkan pelbagai diskaun untuk komputer riba, desktop dan peranti gaming yang disasarkan kepada pelajar, golongan profesional muda, pemain permainan video serta keluarga.

Antara produk yang menjadi tumpuan ialah Acer Aspire Lite 14 yang kini dijual pada harga RM2,899 selepas potongan RM200. Model gaming Acer Nitro V 15 pula menerima diskaun RM600 dengan harga baharu RM4,099.

Bagi pengguna yang mencari spesifikasi premium, Predator Helios 18 yang dilengkapi pemproses Intel Core Ultra 9 dan grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 ditawarkan pada harga RM18,999 selepas potongan RM2,000.

Pelanggan yang membeli produk terpilih di pameran bergerak itu juga layak menyertai cabutan Kotak Misteri Acer dengan peluang memenangi hadiah seperti baucar Adidas bernilai RM200 serta produk Acer dan Acerpure.

Selain itu, pembeli komputer riba dan desktop tertentu boleh menebus kredit Touch ‘n Go eWallet sehingga RM200 atau aksesori bernilai sehingga RM299 melalui laman a-redemption.com, selagi stok masih ada.

Acer turut menganjurkan pertandingan slogan bermula dengan frasa “Dengan Acer, saya boleh mengubah landskap permainan dengan…” yang menawarkan hadiah utama berupa sepasang tiket ke Busan, Korea Selatan bernilai RM25,000.

Dalam masa sama, Acer memperkenalkan “Jam Aktif Hari Acer” yang berlangsung pada 11 dan 12 Julai bermula jam 11 pagi, menawarkan harga istimewa serta potongan sehingga 85 peratus untuk pelbagai produk terpilih.

Antara tawaran menarik termasuk Acer Aspire 7 pada harga RM2,799, Predator Orion 3000 pada harga RM4,999 serta beberapa produk Acerpure dan aksesori gaming dengan harga serendah RM49.

Sementara itu, Acer Malaysia turut mengumumkan penganjuran Hari Aktif Acer pada 1 Ogos depan di The Campus, Ampang yang mengetengahkan aktiviti kecergasan dan gaya hidup sihat.

Acara itu bakal menampilkan cabaran litar berinspirasikan Hyrox selain sesi komuniti seperti yoga dan zumba yang sesuai untuk peserta pelbagai peringkat umur.

Bagi keluarga yang hadir, Acer menyediakan Zon Aktif Junior yang menampilkan permainan dan bengkel DIY untuk kanak-kanak termasuk aktiviti menghasilkan kraf kayu.

Orang ramai yang ingin menyertai aktiviti tersebut perlu membuat pendaftaran awal secara dalam talian menerusi laman media sosial rasmi Acer Malaysia.

Melalui sambutan Hari Acer 2026, Acer Malaysia berharap dapat terus mendekati pengguna dengan gabungan teknologi, gaya hidup dan pengalaman komuniti yang lebih menyeluruh.

GALERI:

Google ads
Back to top button