
OMODA | JAECOO RASMI PUSAT 3S BAHARU DI SELAYANG
OMODA | JAECOO Malaysia terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran tempatan menerusi pembukaan rasmi pusat 3S baharu OMODA | JAECOO CARRO Selayang yang dikendalikan oleh CARRO Digital Sdn Bhd.
Pembukaan fasiliti baharu itu dilihat sebagai langkah strategik jenama berkenaan dalam memperluaskan lagi rangkaian jualan serta perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan khususnya di kawasan Selayang dan sekitar Lembah Klang.
Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan berkata, kerjasama bersama CARRO Digital membuktikan keyakinan syarikat terhadap potensi pasaran automotif negara selain komitmen untuk terus berkembang bersama rakan pengedar yang diyakini.
Menurutnya, pembukaan pusat baharu di Selayang bukan sekadar menambah lokasi dalam rangkaian pengedaran syarikat, malah bertujuan mendekatkan lagi pelanggan dengan produk serta perkhidmatan selepas jualan yang lebih mudah diakses.

“Kami akan terus memperluaskan rangkaian di seluruh negara bagi memastikan pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang lebih lancar dan selesa tidak kira di mana mereka berada,” katanya.
Pusat 3S yang merangkumi kemudahan jualan, servis dan alat ganti itu turut mengukuhkan lagi rangkaian selepas jualan OMODA | JAECOO Malaysia susulan pelantikan CARRO Digital sebagai pengedar sah jenama tersebut pada Mac lalu.
Terletak di lokasi strategik di Selayang, fasiliti berkenaan memberi kemudahan kepada pelanggan dari kawasan Selayang, Batu Caves, Templer, Rawang serta kawasan berhampiran untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan automotif di bawah satu bumbung.
Bagi memenuhi peningkatan jumlah pelanggan, pusat berkenaan dilengkapi enam petak servis yang mampu mengendalikan sehingga 624 kenderaan setiap bulan.

Kemudahan itu direka bagi memastikan proses pemilikan kenderaan menjadi lebih mudah bermula daripada pembelian, penyelenggaraan berkala hinggalah kepada perkhidmatan selepas jualan.
Selain ruang pameran yang moden dan luas, pusat berkenaan turut menawarkan suasana lebih selesa kepada pelanggan menerusi penyediaan Wi-Fi percuma serta Coffee Lounge untuk pengunjung.
Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai perkhidmatan lain termasuk sesi pandu uji, khidmat pembiayaan, penilaian tukar beli kenderaan, bantuan insurans serta akses kepada perkhidmatan selepas jualan rasmi OMODA | JAECOO Malaysia.
Ketika ini, OMODA | JAECOO Malaysia memiliki sebanyak 53 pusat pameran di seluruh negara yang disokong oleh rangkaian pengedar sah, sekali gus memperlihatkan perkembangan pesat jenama itu dalam pasaran automotif tempatan.
- BACA: HARI ACER 2026 DI MID VALLEY TAWAR HADIAH, DISKAUN DAN PELBAGAI AKTIVITI INTERAKTIF!
- BACA: SPESIFIKASI LEPAS L6 EV DIDEDAHKAN DI THAILAND – JANA 218HP, JARAK GERAK 500KM, ANGGARAN HARGA MULA RM90K
- BACA: BUDI DIESEL: 200,000 PEMILIK KENDERAAN NIKMATI KUOTA 300 LITER
- BACA: ISU BUMBUNG PANORAMIK HANTUI BYD TI7 EV – KOMPONEN LONGGAR, BOCOR







