Motosikal

HONDA LANCAR CBR150R 2020 DI THAILAND. 4 WARNA BAHARU, BERMULA RM12,500

AP Honda baru-baru ini melancarkan pesaing langsung kepada Yamaha R15 V3 di Thailand. CBR150R (2020) itu jelas menampilkan rekaan yang diinspirasikan daripada model lebih besar iaitu CBR650R dan CBR1000RR-R.

Versi tahun 2020 itu didatangkan dengan empat pilihan warna baharu yang unik. Pelanggan boleh memilih gabungan warna hitam matte dengan grafik merah. Pilihan kedua ialah warna merah dengan grafik hitam.

Jika kurang berminat, pilih sahaja padanan warna hitam matte dengan oren bersama rim berwarna sama.

Apa yang menarik, varian kelabu-merah didatangkan dengan rim warna berbeza iaitu merah di depan dan hitam di belakang. Rekaan grafik bersama calitan warna kuning pada fairing juga lebih cantik. Manakala kowling enjin dan fender diwarnakan merah agar kontras dengan warna badan.

CBR150R masih menggunakan enjin sama seperti model terdahulu. Enjin selinder tunggal DOHC dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 149cc itu mampu menjana kuasa sekitar 17.1hp dan tork 14.4Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.  

Kuasa itu dilihat sedikit kurang berbanding Yamaha R15 yang berkuasa 19.3hp dan tork 15Nm.

Aspek keselamatan ditingkatkan melalui penggunaan lampu LED di depan dan belakang, selain lampu isyarat henti kecemasan (ESS). Tugas membrek diserahkan kepada brek cakera hidraulik pada kedua-dua roda.

Suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak pra-bebanan boleh laras jenis monoshock Prolink di belakang.  

Kerangka trellis baharu yang digunakan membuatkan mostosikal sports itu memiliki ketinggian pelana 787mm. Tangki minyak berkapasiti 12 liter direka supaya lebih sporty.  

Jentera tersebut ditawarkan pada harga bermula 92,570 baht (RM12,500) untuk varian asas. Sementara model dengan sistem brek ABS berharga 99,700 baht (RM13,500) seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button