Motosikal

HELMET MOTOSIKAL ADA TARIKH LUPUT?

Helmet merupakan benda paling wajib bagi setiap penunggang motosikal dan juga menjadi satu kesalahan sekiranya didapati menunggang motosikal tanpa helmet. 

Selain berfungsi melindungi kepala, helmet juga menjadi aksesori yang sering menjadi kegilaan ramai. 

Untuk itu, ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit bagi mendapatkan helmet idaman dan antara faktor utama adalah reka bentuk, jenama dan ciri yang ditawarkan. 

Namun begitu, ada juga yang sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan helmet yang ‘rare’ terutamanya melibatkan helmet yang vintaj atau model yang tidak lagi dihasilkan. 

Beberapa tahun lalu, sebuah helmet Shoei J-Force berwarna kuning telah terjual dengan harga RM86,000. 

Namun kebelakangan ini, jenama tempatan, SGV, mencuri perhatian ramai apabila helmet tersebut yang sebelum ini dijual pada harga antara RM70 hingga RM80 kini mencecah antara RM1,0000 hingga RM5,000. 

Pengeluar helmet terkemuka seperti SHOEi dan Arai mencadangkan agar setiap helmet wajar digantikan selepas lima tahun dari tarikh pengeluaran. Lebih kerap helmet tersebut dipakai dan terdedah pada matahari dan hujan, jangka hayat helmet menjadi lebih singkat. 

Bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa seperti barangan lain, helmet juga mempunyai tarikh luput (expiration date).

Persoalannya, mengapa ini berlaku?

Kebanyakan helmet mengguna pakai bahan seperti fiberglass (gentian kaca), carbon fiber (gentian karbon), ABS dan polycarbonate bagi cangekerang utama. Menurut kajian, ketahanan bahan-bahan ini akan merosot apabila kerap terdedah pada sinaran UV (matahari) meskipun dengan penjagaan rapi. 

Lebih menarik, ketahanan helmet carbon fiber lebih mudah merosot dengan jangka hayat adalah kurang dari lima tahun. 

Oleh sebab itu, helmet lama atau vintaj adalah tidak selamat untuk dipakai meskipun bernilai lebih ribuan ringgit namun tidak menjadi masalah sekiranya helmet tersebut dibeli untuk dijadaikan koleksi. 

Google ads
Back to top button