Buletin

HI-REV TRIPLE ZED RACING UMUM SENARAI PELUMBA UNTUK MSF SUPERBIKE CHAMPIONSHIP 2025

HI-REV Triple Zed Racing baru-baru ini telah mengumumkan barisan pelumba elit yang bakal bersaing dalam MSF Superbike Championship 2025.

Pasukan ini akan diperkuat oleh bintang muda Malaysia, Saidatul Zakirah, juara Singapura Heng Si Kiat, dan pelumba supermoto berbakat, Marcus Lee.

Pada usia hanya 17 tahun, Saidatul Zakirah sudah mencipta nama di pentas antarabangsa, termasuk menamatkan saingan di tempat kedua dalam Qatar Superstock 600 Championship (QSTK) QSSP 300 serta menyertai Women’s European Championship (WEC).

Kejayaan ini menjadikannya sebagai bintang baharu dalam arena perlumbaan Malaysia. Saidatul akan berlumba dalam kategori Rookie dengan jentera Triumph Street Triple.

Turut menyertai pasukan ialah Heng Si Kiat, pelumba berpengalaman dari Singapura dan juara keseluruhan GP Masters MSF Superbike 2024.

Dengan pengalaman luas dan rekod kemenangan cemerlang, Heng bakal beraksi dalam kategori All Stars dengan BMW S1000RR, bersedia untuk menambah lagi kejayaannya.

Melengkapkan barisan pelumba ialah Marcus Lee, pelumba Singapura yang kini menerajui Malaysian Supermoto Championship 2024 dalam kelas Advance.

Kehebatannya dalam arena supermoto memperlihatkan gaya tunggangan agresif dan kebolehannya menyesuaikan diri di pelbagai kondisi perlumbaan.

Untuk rekod, Marcus akan bersaing dalam kategori MSF Superbike dengan Kawasaki ZX6R musim ini.

Dengan kehadiran pelumba berbakat ini, HI-REV Triple Zed Racing bersedia mengharungi musim perlumbaan yang sengit, mengintai podium dan kejuaraan.

MSF Superbike Championship bakal menjadi pentas terbaik untuk menonjolkan kehebatan jentera, pelumba, serta ketahanan HI-REV Lubricants dalam cabaran perlumbaan ketahanan.

Pasukan ini dikuasakan oleh HI-REV Lubricants dan torQe Performance Motor Oil, produk yang telah terbukti di litar perlumbaan dan jalan raya untuk prestasi serta ketahanan maksimum.

Google ads
"
"
Back to top button