
JAECOO MULA HANTAR 500 UNIT PERTAMA C9 SUV COUPÉ KE SELURUH NEGARA
JAECOO Malaysia kini memulakan penghantaran 500 unit pertama model C9 Premium Off-road SUV Coupé ke pengedar di seluruh negara.
Langkah ini bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat terhadap jenama JAECOO di Malaysia.
Menurut Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, sambutan luar biasa terhadap model C9 membuktikan komitmen jenama ini dalam membawakan SUV premium yang memenuhi keperluan pemandu tempatan.

Bagi spesifikasi, Omoda C9 mempunyai dimensi 4,775mm panjang, 1,920mm lebar, dan 1,671mm tinggi, serta jarak roda sepanjang 2,800mm.
Ruang but belakang menawarkan kapasiti fleksibel dari 660 liter hingga 1,783 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
Selain itu, jarak dasar 165mm membolehkan SUV ini mengharungi air sedalam 450mm, menjadikannya sesuai untuk pelbagai keadaan jalan raya.
Dari segi kuasa, SUV ini dijana oleh enjin 2.0-liter TGDI empat silinder yang menghasilkan kuasa maksimum 261PS dan tork 400Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Terdapat sehingga tujuh mod pemanduan untuk varian AWD, manakala varian 2WD hadir dengan tiga mod.
Harga dan Waranti JAECOO C9:
- C9 AWD (All-Wheel Drive) – RM188,800
- C9 2WD (Two-Wheel Drive) – RM168,800
- Waranti 7 tahun atau 150,000km
Meskipun beberapa pasaran automotif Asia Tenggara mengalami penurunan jualan pada 2024, Malaysia, Filipina, dan Singapura mencatat pertumbuhan positif.
Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, JAECOO semakin mendapat perhatian di peringkat tempatan dan antarabangsa, membuktikan daya saingnya dalam segmen SUV.
Untuk maklumat lanjut mengenai JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.m atau ikuti media sosial rasmi JAECOO Malaysia.
- BACA: HI-REV TRIPLE ZED RACING UMUM SENARAI PELUMBA UNTUK MSF SUPERBIKE CHAMPIONSHIP 2025
- BACA: LANCAR SECARA RASMI DI MALAYSIA MINGGU DEPAN, TAPI SIAPA DENZA NI?
- BACA: YOUTUBER VIETNAM SUMPAH TOYOTA CORONA JADI KOENIGSEGG JESKO
- BACA: TAHUKAH ANDA BAHAWA INI JUGA SEBENARNYA MERUPAKAN SEBUAH SUV SUBARU? INILAH DIA SUBARU TRIBECA