Buletin

HONDA CB150X 2022 DILANCARKAN DI GIIAS – MACAM BEST!

Bertempat di acara Gaikindo Indonesia International Auto Show 2021 (GIIAS 2021), PT Astra Honda Motor membawakan kejutan dengan melancarkan motosikal dual-sports adventure, Honda CB150X 2022.

Honda CB150X membawakan penggayaan yang lebih kepada motosikal kembara adventure yang lebih besar, dan mampu memberikan pengalaman tunggangan jarak dekat atau jarak jauh yang lebih menyenangkan.

Sistem suspensi pula terdiri daripada fork depan jenis terbalik dan penyerap hentak tunggal di belakang, dengan jarak kelegaan tanah setinggi 180 mm.

Unit enjin bersesaran 150 cc DOHC sejukan cecair dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Ia turut dilengkapi dengan cermin penghadang angin yang tinggi, diikuti kedudukan bar hendal yang lebar dan tinggi, dan sistem pencahayaan LED untuk unit lampu utama.

Segala informasi seperti kedudukan gear, kelajuan, penggunaan bahan api dan penunjuk waktu dipaparkan menerusi skrin meter digital.

Terdapat dalam tiga warna menarik iaitu Volcano Matte Black, Glossy Red, dan Matte Green.

Harga jualan Honda CB150X 2022 di Indonesia bermula dari Rp 32,000,000 hingga Rp 35,000,000 (RM9,370-RM10,249).

Google ads
Back to top button