Motosikal

HONDA CB190R ARGENTINA

Honda Motor Argentina mengumumkan pengeluaran domestik CB190R di kemudahan Campana bermula April. Model berkenaan akan dijual bulan hadapan.

honda-cb190r-2016-argentina-mekanika (4)

Model sportbike baharu itu diposisikan di antara model Invicta CB150 dan CBX250 Twister di Argentina.

Pengumuman model itu dilakukan pada pra perlumbaan MotoGP di Termas de Rio Hondo. Turut membuat penampilan ialah pelumba Marc Marquez dan Dani Pedrosa.

honda-cb190r-2016-argentina-mekanika (1)

Jentera itu dijana 184cc silinder tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 16hp dan tork 15Nm. Penghantaran kuasa ke roda belakang diserahkan kepada transmisi 5-kelajuan.

Ia turut menggunakan teknologi pancitan bahan api elektronik PGM-FI yang menawarkan kecekapan bahan api.

honda-cb190r-2016-argentina-mekanika (2)

Honda  CB190R memiliki dimensi panjang 1,982mm,  744mm lebar dan tinggi 1,041mm.  Tayar hadapan didatangkan dengan saiz 110/70 dan belakang 140/70. Ia dilengkapkan dengan rim 17 inci.

Dengan berat 140kg, tinggi pelana 771mm serta nisbah berat 50/50, jentera ini menawarkan pengendalian yang stabil dan selesa.

honda-cb190r-2016-argentina-mekanika (6)

Model itu tampil sporty dengan rekaan yang berlekuk dari hadapan sehingga ke bahagian tangki minyak. Antara peralatan lain yang ditawarkan ialah panel LCD digital, paparan cahaya belakang pada hendal dan sistem pencahayaan LED di hadapan dan belakang. Di samping suspensi monoshock di hadapan.

CB190R ditawarkan dengan warna merah dan hitam. Tidak ketinggalan warna edisi Repsol yang menyerlahkan identiti jentera Honda.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button