Motosikal

MULTISTRADA 1200 ENDURO BAKAL TIBA DI INDONESIA

Negara jiran akan menerima jentera Ducati Multistrada 1200 Enduro dalam waktu terdekat ini. Dibawakan oleh PT Garansindo Eurosport sebagai pengedar tunggal jenama Ducati di Indonesia, model touring itu sudah dibuka tempahannya.

ducati-multistrada-1200-enduro (2)

Pesaing kepada model Triumph Tiger Explorer dan Honda Africa Twin itu dilengkapi enjin Testastretta DVT L-Twin silinder yang mampu menghasilkan kuasa 160hp @ 9,500rpm dan tork  136Nm @ 7,500rpm.

Bukan sahaja berkebolehan beraksi di jalan biasa dan off-road, 1200 Enduro dipadankan dengan tayar Pirelli scorpion rally. Selain itu, pilihan tayar Pirelli scorpion trail disediakan untuk jalan biasa.

Suspensi travelnya juga lebih tinggi 30mm berbanding varian Multistrada lain. Penggunaan swingarm menawarkan keselesaan ketika melalui laluan lasak dan lebih stabil.

Kelegaan tanahnya ialah 205mm iaitu 31mm lebih tinggi berbanding model Multistrada yang lain. Skid platenya melindungi enjin ketika melalui laluan berbatu dan rintangan lasak.

Berkeupayaan membawa barangan yang banyak, Multistrada 1200 Enduro didatangkan dengan tangki bersaiz 30 liter.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button