
BUGATTI RESIDENCE BAKAL DIBINA DI DUBAI – APASAL TAK BUAT KAT MENTAKAB JE
Bugatti baharu sahaja mendedahkan projek terbaru mereka. Sebuah bangunan kediaman mewah setinggi 46 tingkat yang bakal dibina di Dubai atau lebih tepat lagi di Business Bay, Dubai.

Kalau dah namanya Bugatti sudah tentu ia akan menjadi sebuah bangunan yang cukup lengkap dengan segala kemewahan yang hanya boleh dinikmati oleh mereka yang berkemampuan. Antaranya ialah pantai buatan dengan pasir sebenar, kolam renang peribadi, khidmat pemandu dan macam-macam lagi termasuklah lif khas untuk mengangkut kereta dari garaj je mana-mana dari 11 penthouse yang ada dalam bangunan itu.
11 unit penthouse tersebut dinamakan “Sky Mansion Penthouse” dan bukan itu sahaja, terdapat juga pilihan 171 unit “Riviera Mansions” yang diinspirasikan dari bandar-bandar pesisir laut yang terkenal seperti Cannes, Saint-Tropez dan Monaco. Ai bang, bandar Mersing tak ada ke? Kemamang ke?

Setiap unit bakal mempunyai kemasan yang berbeza-beza. Mana boleh sama je? Ini bukan rumah flat kos rendah okey.
Bukan itu sahaja, ia juga bakal menempatkan lounge VIP khas untuk pengumpul-pengumpul kereta memanjakan kereta mereka seperti di dalam sebuah spa khusus. Bukan itu sahaja, Bugatti turut menjanjikan penggunaan bahan binaan dan material terbaik untuk bangunan kediaman pertama mereka ini.
Harga belum didedahkan tetapi syarikat yang membinanya sekarang sedia menjawab sebarang pertanyaan daripada bakal-bakal pembeli yang berminat. Ia dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa tiga ke tiga setengah tahun. Sempat la lagi kumpul duit ni.

