
HONDA CR-V 2023 BARU SKOR 5 BINTANG ASEAN NCAP. BILA NAK LANCAR?
Asean NCAP telah mengeluarkan keputusan ujian perlanggaran Honda CR-V 2023 terbaru mereka yang kini telah dipasarkan di Indonesia dan juga Thailand. Dalam ujian yang dijalankan ini, Honda CR-V 2023 berjaya meraih skor 5 bintang dan juga markah 87.17% daripada 4 ujian yang dijalankan
Pecahan markah yang diperolehi oleh Honda CR-V 2023 termasuklah 39.31% bagi perlindungan penumpang dewasa, 17.97% bagi penumpang kanak-kanak, 18.57% bagi teknologi untuk mengelakkan kemalangan berlaku dan 11.32% bagi perlindungan kepada penunggang motosikal dan pengguna jalan raya yang lain.
Untuk pasaran Thailand, Honda CR-V dipasang dengan pelbagai ciri menarik seperti parkir sensor, Honda Lane Watch, Electric Parkir Brek, AutoHold, Hill Start Assist, Hill Decent Control, Agile Handling Assist, Vehicle Stability Assist dan Walk Away Autolock
Untuk pakej keselamatan Honda Sensing pula, Honda CR-V 2023 diberikan pelbagai ciri tambahan lain seperti Collision Mitigation Braking System, Adaptive Cruise Control dengan Low Speed Follow, Road Departure Mitigation, Lane Departure Warning, Lane Keep Assist, Auto High Beam, Adaptive Driving Beam bagi varian tertinggi dan juga Lead Car Departure Notification System