
CESI TESLA MODEL Y DARI GIGAFACTORY AUSTIN DIDAPATI RETAK
Salah seorang pembeli Tesla Model Y yang dihasilkan di Gigafactory Austin Texas mendapati SUV yang baru dibeli olehnya mengalami masalah keretakan yang serius pada bahagian cesi kenderaan. Tesla model Y ini dibeli pada bulan Mac 2023 dan isu keretakan ini hanya disedari selepas 2 bulan menggunakan EV tersebut
Pemilik yang hanya mahi dikenali sebagai NK mengatakan semasa menerima kenderaan baru tersebut, beliau sudahpun melakukan pemeriksaan fizikal pada bahagian luar kenderaan dan tiada isu yang luar biasa ditemui pada hari penerimaan kenderaan
NK juga menafikan yang kenderaan miliknya pernah terlibat dalam kemalamgan yang serius. Isu keretakan pada bahagian cesi ini hanya diesedari selepas NK mencari satu lagi punca masalah yang lain pada Tesla Model Y miliknya iaitu cecair minyak brek tiba-tiba hilang dari tangki simpanan.
Ketika membuka penutup tangki simpanan cecair minyak brek barulah NK mendapati bahagian depan firewall Tesla Model Y mengalami masalah keretakan yang serius. Ketika menemui isu ini, NK segera menghantar laporan dan meminta pemeriksaan segera dilakukan namun Tesla Model Y milik NK hanya boleh dihantar mulai bulan Julai 2023.
Sekiranya pusat servis Tesla menawarkan dan memberi respon untuk membaiki masalah ini, kemungkinan besar netizen tidak akan mengetahui masalah ini. Sebaliknya pengurus pusat servis Tesla hanya mengatakan Tesla Model Y tersebut selamat untuk digunakan secara verbal dan tiada sebarang surat rasmi dikeluarkan sehingga hari ini.
SOP syarikat Tesla pula didapati hanya meminta pengurus pusat servis memberitahu kepada pelanggan secara verbal sahaja, kemungkinan besar bagi mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan digunakan sebagai bahan bukti.
Setakat ini NK mendapati isu ini hanya dihadapi oleh beliau sahaja dan tiada pemilik lain yang menghubunginya bagi isu keretakan pada cesi Tesla Model Y. Untuk rekod Gigafactory Grünheide di Berlin pernah menghadapi sehingga 60% komponen yang ditolak akibat tidak menepati kualiti ketika dihasilkan