HONDA TANGGUH PRODUKSI CB1000F SUSULAN MASALAH ENJIN
Ketika Honda CB1000F membuat debut global pada penghujung tahun lalu, rata-rata peminat dua roda memuji keberanian pengeluar Jepun itu mengembalikan elemen retro dalam portfolio 2026.
Apatah lagi pengeluar lain sibuk dengan motosikal gaya moden dengan reka bentuk yang liar, Honda buat keputusan untuk menghidupkan semula aura 80an dengan jentera retro bernadikan enjin empat silinder.

Namun begitu, orang ramai mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk menyaksikan CB1000F di jalan raya apabila memaklumkan bahawa pengeluaran motosisal berkenaan akan ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga suku kedua 2026.
Difahamkan, penangguhan tersebut dibuat ekoran berkait dengan panggilan semula oleh Honda melibatkan model CB1000 Hornet SP. Ini kerana, kedua-dua model berkongsi platform yang sama.

Isu utama yang dibangkitkan adalah berkaitan penggunaan minyak enjin yang tinggi dan berisiko kering dengan cepat sekaligus boleh menyebabkan enjin jem secara tiba-tiba.
Memandangkan CB1000F mengguna pakai enjin yang sama risiko untuk model retro itu berdepan masalah sama juga tinggi.






